MANTAN MUFTI, DR ASRI MULAI RAGU DENGAN PERJUANGAN PR

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau kini meragui komitmen Pakatan Rakyat , khususnya di Kedah yang memperkenal undang-undang baru bagi menghalang fatwa negeri itu dicabar di mahkamah.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja "tidak demokratik", malah "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas yang diputuskan dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai.

Sedangkan, fatwa itu hanyalah panduan yang dibuat manusia dan hanya menjadi panduan kepada rakyat, katanya kepada Malaysiakini.
"Ini adalah petunjuk bahawa demokrasi tidak subur dalam pemikiran sesetangah pemimpin termasuk di pihak Pakatan Rakyat.

"Fatwa itu banyak membabitkan perkara ijtihad ataupun pandangan. Banyak juga terdedah kepada faktor-faktor tertentu termasuk politik dan istana.

"Jika fatwa itu disamakan macam nas qat'i (nas yang putus) dalam Quran dan Sunnah sehingga tidak boleh dipertikaikan maka terbunuh intelektualisme rakyat," katanya.

Tambahnya, kebanyakan daripada fatwa itu hanyalah buatan manusia mengikut kerangka ijtihad yang "mungkin betul, mungkin juga salah."

"Dalam dunia ini (terdapat) pelbagai fatwa yang lahir dari pelbagai negara, mazhab dan aliran.

"Jika semua mengamalkan dasar tidak demokratik seperti Kedah, matilah intelektualisme umat ini," katanya.

Beliau mengulas undang-undang baru untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.Peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...