TUJUH TUNTUTAN BERSIH DIMASUKKAN DALAM SYOR PSC

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Tujuh daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihanraya yang dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Anggota Jawatankuasa PSC, P.Kamalanathan berkata hanya satu daripada tuntutan Bersih iaitu mengenai tambahan hari pada tempoh berkempen tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang terdapat banyak kawasan pedalaman.

"Jika tempoh berkempen dilanjutkan kepada minimum 21 hari seperti yang dituntut Bersih, ia akan banyak memberi kesan terutama kepada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun cadangan itu masih dipertimbangkan di mana tempoh sekarang telah dipanjangkan daripada tujuh kepada 10 hari," katanya pada sesi santai "Teh Tarik Bersama YB" yang membincangkan isu berkenaan penambahbaikan sistem pilihanraya di sini malam Khamis.

Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor menjelaskan syor-syor PSC jelas menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka untuk mengadakan perubahan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek selari dengan suara dan kehendak rakyat. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...