VIDEO TERKINI - BERSIH 3.0 BERAKHIR DENGAN 'HODOH' !!!

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.

Rempuhan itu dibuat hanya beberapa minit selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, termasuk Datuk Ambiga tiba di tengah-tengah lautan penyokong.

Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan penganjur Bersih sedang berunding dengan pihak polis untuk dibenarkan memasuki dataran dan berjanji perhimpunan itu kekal aman.

Namun permintaan Azmin supaya penyokong bertenang sementara menunggu keputusan rundingan, tidak dilayan.

Terdapat penunjuk perasaan ditahan di akhir perhimpunan, namun jumlah sebenar belum diketahui.

Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 80,000 penyokong Bersih berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dipetik berkata pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.
Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik. Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar. -Sinar Harian.

Peserta perhimpunan menyepak dan membaling penghalang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...