SMM PERTAHAN TINDAKAN KALUNG BUNGA PADA POTRET PM DAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 SHAH ALAM – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertahankan tindakan mereka mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan menafikan tindakan tersebut seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Presidennya, Mohamad Safwan Anang berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai simbolik protes semata-mata bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurutnya, ia tidak membawa maksud atau kesan ke atas kepercayaan mana-mana agama.
“Tindakan itu bukan melambangkan ‘kematian’ kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya apa yang disampaikan adalah mengenai hak mahasiswa yang ‘mati’ kerana pemimpin tidak memberikan komitmen terhadap tuntutan mahasiswa.

“Jangan timbulkan sentimen agama dalam hal ini. Saya pelik kenapa batu nisan yang kami gunakan tidak pula dijadikan isu kerana ia juga melambangkan kematian bagi orang Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai respons berhubung tindakan kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada lebih 300 orang yang menyertai demonstrasi terbabit.

Beberapa tokoh agama menyifatkan tindakan kumpulan mahasiswa itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
Setelah membuat kalungan bunga, kumpulan terbabit kemudiannya, berkhemah di Dataran Merdeka dan bertegas akan terus berada di kawasan tersebut sehingga pihak kerajaan memberi respons berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Bagaimanapun, pagi tadi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan khemah-khemah yang didirikan dicabut dan mengosongkan kawasan itu.

Pada awalnya hanya dua khemah dibuka manakala satu lagi dibiarkan dan keadaan itu menyebabkan kekecohan sambil beberapa mahasiswa yang berdiri di tepi jalan mula melaungkan "Hapus PTPTN". Beberapa minit kemudian khemah yang ketiga dicabut.

Namun, kira-kira tiga jam selepas arahan dibuat, kumpulan berkenaan menaikkan balik khemah di kawasan tersebut. -Sinar Harian.

2 comments:

  1. Kesian, mahasewel2 otak reput memulakan hidup sebagai gelandangan ditengah-tengah kotaraya.

    Belajar dah tak menjadi, pinjaman PTPTN dah rembat habis, nak bayar balik tentulah tak mampu. Dapat RM100 tu kalau dikeldaikan supaya merusuh 7 hari 7 malam pun pasti mahu tu!

    Ada harapan utk menghuni Anjung Singgah ...

    ReplyDelete
  2. BODOH NAK MAPUS PUNYA PENGERUSI TU, kalau mak bapak hang yang mampus boleh ke nak kalung bunga kat gambar dia, lepas tu pamer kat depan rumah hang.... sure hang kena pelangkung dengan adik beradik lain... tak pun saudara mara mak bapak hang sendiri yang kasi kulup >>>>> hang punya...

    bodoh! tersangat bodoh! aku ingat siswa siwi sekarang makin bijak dari kami yang belajar guna buku je, tp siswa siswi zaman internet ni, ntah le... macam PUKI>>>

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...