Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan Nik Sapeia yang menyifatkan PAS rela meninggal perjuangan Islam semata- mata tertarik dengan sandiwara DAP dan PKR.
“Rakyat negara ini umumnya sudah mengetahui PAS selamanya akan berpegang pada perlembagaan parti yang berlandaskan Islam, kecuali jika suatu hari nanti Pas meminda perlembagaan.
(Penyokong Pas tidak dapat melupakan tragedi ini dimana gugurnya sebuah perjuangan Islam)
“Kenyataan Nik Sapeia tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa PAS meninggalkan Islam dan pada saya ia hanya cakap- cakap politik,” katanya.
“Di Kedah, Selangor dan Kelantan, kita adakan program- program berlandaskan Islam.
“Manakala di Kelantan, hari ini, sebanyak RM90 juta setahun diperuntukkan untuk membantu sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan tidak pernah dikurangkan walau satu sen pun, macam mana boleh timbul kita meninggalkan Islam,” katanya lagi.
Semalam, Nik Sapeia, dalam sebuah akhbar mengatakan PAS sanggup kehilangan Terengganu dalam PRU 12 pada 2008 dengan memilih kerjasama dengan DAP.
Selain itu juga, beliau berkata, hukum hudud yang didraf telah diketepikan oleh PAS dengan memperkenalkan slogan baru iaitu 'Negara Berkebajikan' selepas bersama PKR dan DAP.
Jika Husam mengatakan peruntukkan RM 90 juta setahun untuk membantu sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sebagai bukti Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam, bagaimana pula dengan peruntukkan ber-billion dari kerajaan BN kepada perkara yang sama bahkan jauh lebih baik dari itu.
Inilah perkara yang tak dapat untuk difahami setelah Pas bekerjasama dengan DAP, hanya haram dan tidak Islam jika kerjaan BN yang lakukan, kalau Pas buat semuanya halal mengikut Islam dan akan ke syurga. Macammana kita tak kata Pas ni retorik kalau ini yang berlaku. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.