Bai'ah Dilafazkan Dihadapan Umum Kerana Hj Hadi Kurang Percaya Dengan Calon Cari Makan

Kelainan bai'ah yang dibuat Pas keatas calon mereka bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof  beberapa hari lalu terus menjadi tanya banyak pihak, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui bai'ah yang dibuat keatas calon PRK Kuala Besut kali ini berbeza dengan bai'ah yang dibuat oleh pemimpin Pas yang lain semenjak parti itu dipertandingkan.

Menurut Hadi, pada kebiasaanya bai'ah itu dilafazkan didalam bilik, tapi untuk calon kali ini ianya dibuat dihadapan umum, ditengah padang. 

Apabila Azlan dikehendaki melafazkan bai'ah laknat dihadapan umum, terlintas difikiran orang ramai kenapa bai'ah itu agak aneh berbanding bai'ah pemimpin Pas yang lain, apa sebenarnya yang tidak kena dengan Azlan sedangkan pencalonannya itu berjaya mengetepikan dua calon ulamak yang disebut-sebut akan dicalonkan Pas yaitu Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Tambahan pula jarang sekali kita mendengar Pas sebagai sebuah parti yang merngaku memperjuangkan Islam meletakkan calon kontraktor kelas 'A' dimana-mana pilihanraya sebelum ini. Sepatutnya sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam Pas perlu mengutamakan golongan ulamak terlebih dahulu dan bukannya kontraktor.

Namun adakah disebabkan calon berstatus kontraktor dan bukannya ulamak itu yang menyebabkan bai'ah yang kebiasaannya dilafazkan didalam bilik terpaksa dilafazkan dikhayalak umum ? Faktor kepercayaankah ? Kerana Azlan juga merupakan bekas AJK pemuda Umno salah satu cawangan di Besut yang dikatakan melompat kedalam Pas demi mendapatkan projek kerana ketika itu Pas berjaya menguasai Terengganu. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...