Video - #PRKKualaBesut, Lihat! Che Long Kantoi Berbelit, Tak Mengaku Nak Gajikan Pekerja Untuk Galas Tugas Wakil Rakyat

Mmmbik nok sangat, nga jupo hok ising mari mano nga amik wat calon ko Pas ni ? Apapun pengundi di Kuala Besut  bayangkan sejenak sewaktu pergi nak minta tolong dengan Che Long, jawapan yang diberikan sebagaimana jawapan beliau kepada wartawan mengenai ulasannya yang secara jelas beberapa hari lalu menyatakan beliau tidak ingin mengambil wang hasil dari elaun sebagai wakil rakyat kerana beliau sendiri mempunyai banyak perniagaan, beliau sibuk, namun akan menggajikan orang lain menjalankan kewajipannya sebagai wakil rakyat kerana beliau ingin meneruskan beberapa perniagaan yang dijalankannya.

Tapi setelah dikritik banyak pihak atas alasan tugas seorang wakil rakyat tidak boleh digajikan kepada orang lain kerana rakyat telah memilih beliau, namun petanda awal untuk mengkhianati amanah rakyat itu sudahpun dizahirkannya.

Bagaimanapun seperti pemimpin Pas yang lain, Azlan Yusof @ Endut yang terkenal dengan calon cari makan ini menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mahu melantik seorang pegawai yang bertanggungjawab menguruskan kerja sebagai wakil rakyat jika menang sedangkan beliau akan terus menguruskan perniagaannya di Kota Bharu.

Sebaliknya kontraktor kelas 'A' itu menyalahkan laporan media kerana didakwa memanipulasi kenyataannya berhubung perkara berkenaan.

"Tunggu menang dulu, lepas itu baru kita tengok macam mana.

"Maksud saya yang sebenar ialah apabila saya menang, saya akan lantik orang mewakili perniagaan saya. Saya akan menjadi wakil rakyat yang akan sentiasa turun dengan rakyat," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sini, Ahad.

Sebelum ini media rasmi PAS, Harakah Daily melaporkan kenyataan Azlan yang dikenali dengan panggilan 'Che Long' bahawa beliau bercadang melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya semasa ketiadaannya dalam 'kawasan'.

"Dakwaan itu memang dimanipulasikan. Maksud saya nak lantik orang itu ialah bagi menjaga pengurusan tabung berkenaan," katanya.

Pah lagu mana kalu setaghoni bare hok Pas nok buwi ko rakyat, bare kelontong guling nyur awal-awal lagi nok bbelit ni gak wojib xleh pakai blahmano, justeru pengundi di Kuala Besut dinasihatkan supaya tidak mempertaruhkan masa depan mereka untuk memilih pemimpin seperti ini.

Jelas apa yang dituturkan itu tidak sebagaimana apa yang diperjelaskan, belum menang lagi ni ado bunga-bungo nok pelawok doh, pah buleh pakai ko bare ni ? Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...