Eksklusif - Video ] Akhirnya Terbongkar! Pengundi Muda Kuala Besut Lihat Siapa Sebenar Yang Zalim

Isu yang ditimbulkan Pas dimana kerajaan BN telah merampas tanah rakyat di Kampung Layout, Tok Saboh sebenarnya langsung tidak menjadi 'butir gatal' kepada penduduk disini ekoran isu berkenaan timbul hanya kerana seorang saja penduduk yang juga penyokong tegar Pas tidak berpuashati dan ingkar terhadap beberapa notis pindah yang telah diberikan kepadanya.

Masalah yang berlaku ini juga berpunca sewaktu pemerintahan Pas di Terengganu 1999-2004 dimana kerajaan Pas ketika itu telah memberikan tanah berkenaan kepada salah seorang penyokong kuat Pas sebelum tanah itu dijual kepada beberapa orang yang lain dengan harga RM4,000 hingga RM 7,000 mengikut keluasan tanah, daripada beberapa bahagian tanah yang dijual itu 4 buah rumah kayu yang 'daif' sudah dibina, biarpun tanah-tanah berkenaan tidak mempunyai geran, mereka diyakinkan geran akan keluar sejurus selepas itu kerana masih dalam pemprosesan untuk mendapatkan geran sehinggalah berlarutan dan berkuburnya kerajaan Pas di negeri tersebut.

Diatas sebab itu jugalah kerajaan negeri yang baru selepas itu cuba mencari insentif  untuk menyelesaikan masalah berkaitan supaya tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam masalah berkenaan. Namun gara-gara keengganan penyokong tegar Pas itu berpindah setelah beberapa kali notis diberikan  menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan dengan mengikut peruntukkan undang-undang yang ada, ia bagi memastikan mereka yang lain yang turut terlibat dengan pengambilan tanah ini juga mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Takkanlah kerana percaturan politik Pas terhadap seorang penyokong tegarnya itu kerajaan negeri hendak mengabaikan suara majoriti yang lain, kerana kesemua mereka bersetuju dan menerima wang pampasan serta rumah yang dijanji akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka.

Tapi jika benar Kerajaan Negeri Terengganu yang ada hari ini zalim merampas tanah rakyat sebagimana yang difitnah oleh Pas, apakah kita ingat rakyat bodoh akan menyokong BN sehingga DUN dan parlimen kawasan ini disapu bersih oleh BN  dalam PRU 13 lalu ?

Tapi bagaimana dengan kezaliman Kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan merampas tanah rakyat di Ulu Kelantan ? Adakah ia benar berlaku ataupun sekadar fitnah semata-mata ? Kalau fitnah bukankah satu perkara yang mustahil parti yang mewakili kerajaan negeri tewas pada kesemua DUN serta parlimennya di Gua Musang yaitu kawasan yang sering dikaitkan dengan ladang rakyat, airmata rakyat, rampas tanah rakyat dsbnya.

Dalam perkara ini rakyat dalam kawasan atau parlimen dikedua-dua negeri telah membuktikan isu yang diperkatakan dikawasan berkaitan selama ini samada benar ataupun fitnah ? kerana mereka juga seperti anda, takkan menyokong orang yang mengzalimi diri kita sendiri ?

Bagaimanapun insentif kerajaan negeri memberi pampasan wang tunai serta menjanjikan rumah baru yang lebih selesa kepada mereka menyebabkan mereka  kesal dengan kedegilan penyokong tegar Pas itu yang berterusan menyusahkan mereka, projek yang dirancang diatas tanah tersebut sebelum ini terpaksa ditangguhkan hanya kerana kedegilan seorang pengikut taksub parti ajaran sesat. Penjelasan selanjutnya rujuk rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...