Umno Kelantan & Revolusi ABC - Asal Bukan Contractor

Revolusi keatas saf kepimpinan Umno di Kelantan seharusnya dilakukan jika ahli-ahlinya ingin terus melihat parti itu kekal relevan dan benar-benar berguna kepada bangsa Melayu secara keseluruhannya. Revolusi ini penting kerana umum boleh melihat bagaimana yang berlaku didalam Umno sekarang ini.

Perjuangan yang dilaungkan demi agama, bangsa dan negara itu cuma retorik belaka, perjuangan mereka yang sebenar adalah demi projek, kantung sendiri dan juga kroni, jelas kalau dilihat antara pertandingan dalam PRU dan pertandingan merebut jawatan didalam Umno, mereka lebih menumpukan untuk kemenangan pertandingan merebut jawatan didalam Umno, malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sanggup menyimpan sebahagian wang peruntukkan PRU semata-mata untuk digunakan bagi memenangi jawatan didalam Umno. Amalan itu hanya menguntungkan pemimpin tertentu semata-mata, tanpa disedari amalan itu jauh tersasar dari matlamat dan perjuangan Umno yang sebenar.

Dalam pada itu, beberapa hari lalu, kami ditemui oleh kumpulan dan beberapa individu tertentu yang juga merupakan antara orang penting kepada Umno Kelantan, dimana rata-rata mereka melahirkan kekecewaan dengan apa yang berlaku didalam Umno serta buntu memikirkan formula bagi memulihkan keperibadian Umno supaya ianya kembali terpimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan benar-benar menjiwai roh perjuangan Umno.

Kebimbangan yang disuarakan mereka mempunyai asas yang kukuh, kebanjiran kontraktor pelbagai kelas didalam kepimpinan Umno sangat merisaukan, perebutan jawatan didalam Umno terus berlaku hanya semata-mata untuk mendapatkan habuan projek dan bukannya untuk memperjuangkan dasar parti, dan jika secara berterusan 'kaki projek' mengepalai bahagian-bahagian Umno sekaligus menutup pintu untuk golongan akademik atau cerdik pandai dari menyertai Umno, bayangkanlah sejauhmana hayat Umno mampu bertahan.

Sedang UmnoBN kini berhadapan dengan pembangkang yang kuat yang mempunyai barisan kepimpinan muda yang mempunyai idea dan kreativiti dalam mengukuhkan parti masing-masing, pemimpin muda pembangkang menguasai isu dan lantang berhujah dengan merobek minda-minda golongan anak muda untuk lebih terarah kepada menyokong pembangkang.

Sebaliknya didalam Umno, selain mengekalkan pemimpin 'berkematu', sebahagian besar pelapis mudanya yang benar-benar berkaliber tidak mampu untuk bersaing dengan parasit projek, mereka dicantas gugur sebelum berjuang, akhirnya yang menguasai Umno hari ini sebagaimana yang dapat disaksikan dikawasan masing-masing dalam konteks Umno dinegeri Kelantan.

Difahamkan pemimpin bahagian dalam Umno kaku dan tidak memberi sumbangan yang besar bagi membantu UmnoBN menawan Kelantan pada PRU 13 yang lalu, yang ketara diperkatakan yaitu dari bahagian pemuda, kebanyakkan ketua pemuda dan naib dikatakan tidak mempunyai ilmu berpolitik serta tiada idea dan kewujudan mereka langsung tidak memberi apa-apa kesan yang boleh membantu UmnoBN mencapai sasaran kemenangannya di Kelantan.

Malah, orang diluar Umno seperti NGO pula dilihat lebih banyak membantu untuk memenangkan BN, kegagalan pemuda berfungsi sewaktu PRU perlu dikaji dan diberi perhatian, untuk apa ia ada jika gagal berfungsi? Apa yang diinginkan daripada pemimpin muda ini adalah sumbangannya kepada parti, tidak kiralah sumbangan itu dari segi material, idea atau ilmu yang boleh ditumpang oleh ahli Umno khasnya dan rakyat amnya.

Kami memperkatakan hal ini daripada kefahaman kami terhadap penjelasan yang diberikan serta celik butir mata melihat situasi yang berlaku, kalau pemimpin muda gagal menyumbang kepada parti sedangkan parti telah menyumbang jambatan, jalan dan projek-projek bangunan kepada mereka, apa lagi yang mereka mahu ? Mereka menumpang, tapi mereka sendiri tidak boleh ditumpang. Mungkin belum sampai masanya lagi untuk kita menyebut nama-nama mereka satu persatu.

Apapun bermuhasabahlah, dan renungkanlah, UmnoBN ni sebenarnya hak siapa ? Hak pemimpin kaki projek ataupun hak seluruh ahlinya ? Ini penting dan perlu bagi semua yang benar-benar berjuang diatas landasan parti sedar dan wajib melakukan perubahan. Perubahan bukan hanya untuk ia tertiti dibibir, tapi perubahan yang wajib dilaksanakan sebelum Umno berkubur.

Justeru, seruan semboyan revolusi kebangkitan Melayu Umno Kelantan makin menghampiri, maka perjuangan ABC - Asal Bukan Contractor wajib diteruskan bagi mengembalikan semangat perjuangan Umno sejati kepada pejuang Umno yang tulen. Hanya sejati dan tulen tanpa mengharapkan projek sahaja yang mampu mengembalikan kegemilangan Umno dimasa lampau. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

3 comments:

  1. blog berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

    Freemalaysiakini.blogspot

    ReplyDelete
  2. Memang betul apabyg diperkatakan diatas malah sejak sekian lama ada yg menjadikan umnokb sebagai sebuah entiti utk mencari kekayaan peribadi dan perjuangan dlm umno bkn utk agama bangsa dan negara tetapi uyk mendapt projek atau laba. Pemimpin mcm ni yg byk merosakkan identiti umno sebagai parti yg memperjuangkan agama bangsa dan negara. Anda mampu mengubahnya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...