"Nak Ubah Najib, Pangkah Che Long" - Cubaan Mat Sabu Perbodohkan Pengundi Di Kuala Besut - Video

Selepas Adun Pas Chukai, Hanafiah Mat mengakui Calon Pas Azlan Yusof @ Endut 'tidak pandai', 'lurus bendul' dan perlu diawasi yang dicalonkan Pas untuk mewakili rakyat di Kuala Besut,  hari ini Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah pengundi di Kuala Besut 'kurang cerdik' apabila beliau mendakwa jika rakyat tidak berpuas hati dan ingin ubah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pengundi di Kuala Besut perlu memilih calon  Pas yang disifatkan sebagai 'tidak pandai' itu.

Adakah rakyat di Kuala Besut ni dianggap semuanya 'tidak pandai' oleh Pas ? Sudahlah calon 'tidak pandai' yang dipertaruhkan untuk penduduk di Kuala Besut, kenyataan bodoh pun hendak disajikannya juga, kalau pun Pas menang di DUN berkenaan, Najib tetap juga menjadi Perdana Menteri, kerusi DUN tidak menentukan akan berubahnya seorang Perdana Menteri.

Tapi begitulah sikap pemimpin Pas yang menganggap semua rakyat itu bodoh, setelah Pas berjaya perbodohkan rakyat dengan janji Lebuhraya derma rakyat, kesinambungan kebodohan itu nampaknya hendak diteruskan, mungkin mereka menganggap jarak yang dekat antara kedua-dua negeri di Pantai Timur itu menyebabkan 'barang' yang 'tidak pandai' terus diperdagangkan oleh Pas.

Kalau video skandal seks Mustafa Ali itu dikatakan palsu dan fitnah, bagaimanapula dengan janji Pas untuk membina lebuhraya rakyat ? Adakah ianya juga palsu dan fitnah ? Rakyat Kelantan bersungguh dan bermurah hati telah menderma bagi pembinaan lebuhraya itu, sedangkan ia terbukti lebuhraya itu tidak dibina sebagaimana yang dijanji, malah duit derma tabung itu pun entah kemana, tidak inginkah pengundi di Kuala Besut persoalkan sekaligus jadikan ia sebagai pengajaran?

Sepatutnya sebagai tanda protes kepada parti yang kencing rakyat dengan begitu jelas sekali ini, pengundi di Kuala Besut seharusnya mengajar bagaimana balasan buat pengencing-pengencing seperti mereka supaya ia menjadi pengajaran kepada semua. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...