Pengumuman ! - Gegaran Gelombang Biru Yang Membadai PRK Kuala Besut Berukuran 17:15 Skala Ritcher Mencemaskan

Gelombang biru yang akan membadai  PRK Kuala Besut pada 24 Julai nanti dijangka berukuran 17:15 pada skala ritcher sekaligus bakal membirukan suasana di sana dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada penduduk dikawasan berkenaan.

Rata-rata penduduk disitu juga mengharapkan segala pembangunan yang sudah dirancang dan dalam proses perlaksanaan akan diteruskan oleh kerajaan yang sama yang partinya sudah dipilih pada PRU 13 yang lalu, keputusan mereka tidak berganjak, malah mereka sama sekali tidak sanggup untuk berpimpinkan 'Wok Long Pok Dogol' yang kebanyakannya menganggap calon dari Pas itu tidak bertanggungjawab dan hanya untuk cari makan semata-mata.

Mereka menggambarkan penafian yang telah dibuat oleh 'Wok Long Pak Dogol' berkenaan kenyataannya mahu menggajikan orang lain untuk menguruskan kerja sebagai wakil rakyat jika beliau menang kerana  beliau akan terus menguruskan perniagaannya di Kota Bharu adalah satu kenyataan dan penafian yang tidak patut keluar daripada mulut seorang pemimpin.

Bagaimanapun kami mengakui apa yang kami dengar dari cakap-cakap sebahagian besar penduduk Kuala Besut adalah benar dan berasas daripada apa yang kami sendiri saksikan, tak sangkalah pulak calon 'Wak Long Pak Dogol' ini boleh berbelit dan tidak mahu mengaku kenyataan yang baru sahaja dua hari telah dikeluarkannya itu. Mengaku atau tidak buktinya ada disini , disini dan disini.

Seterusnya ia terpulanglah kepada mereka yang lain samada mahu melihat Kuala Besut itu seceria pemimpinnya yang mana, (rujuk gambar dibawah), pemimpin yang hijau ke, pemimpin yang biru?, pemimpin hijau terkenal dengan calon cari makan, sebaliknya pemimpin biru pula terkenal dengan calon orang muda profesional yang rajin dan bertanggungjawab. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalu kito xbuta wojib kito tahu hok mano kito nok pilih, ko guano ? kehkehkeh..
Jadikan Kuala Besut seceria wajahnya



Sudah menjadi tanggungjawab BN, memilih calon yang mudah didekati rakyat, samada ketika memakai uniform parti atau tidak, calon ini dilihat sentiasa cakna. Syabas orang muda profesional !!!
Bermohon doa pada yang Esa

 Sumber gambar dan video ini diambil dari Facebook PRK Kuala Besut. Jom sep kito ramai-ramai pakat gi buwi semangat ko puok dio di https://www.facebook.com/1kualabesut?ref=hl

Pilihlah pemimpin yang punyai misi yang jelas, jika tidak ia ibarat replika ini, ia nampak kreatif dan gimik yang menarik, Tapi apa yang replika ini mampu sumbang kepada rakyat, hebatnya hanya pada pandangan mata tidak cukup untuk menyenangkan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...