Tun M: "Kerja Saya Hanya Penasihat, Bukan Ada Kuasa Untuk Arahkan Petronas"

PUTRAJAYA – Syarikat minyak negara Petronas perlu menyokong dasar kerajaan, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera dan Melayu.

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, Petronas, seperti agensi kerajaan lain, mesti mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Dasar kerajaan setakat yang saya tahu, termasuk untuk melaksanakan DEB. Kerajaan belum tolak DEB.

“Ini bermakna Petronas juga terlibatlah (untuk laksanakan DEB),” kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Beliau, bagaimanapun menegaskan, walaupun syarikat Bumiputera perlu diberikan layanan istimewa oleh Petronas, ia perlu dilakukan mengikut merit.

“(Ingin) lindungi (syarikat Bumiputera) pun ikut merit juga. Orang tak ada merit tak boleh la nak lindung,” katanya.

Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri menerima aduan berhubung perkara yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dan menegaskan, beliau telah pun menyampaikan kebimbangan itu kepada pengurusan tertinggi Petronas.

“Kerja saya (sebagai penasihat), saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tentang perkara-perkara ini (iaitu aduan mengenai dakwaan Petronas mengetepikan orang Melayu),” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju dasar Petronas yang didakwa mula berubah daripada membantu syarikat Bumiputera dan orang Melayu, Dr Mahathir berkata Petronas beranggapan syarikat itu telah memenuhi objektifnya untuk membantu kaum Bumiputera.

“Jumlah kontrak (Petronas yang diberikan kepada syarikat Bumiputera) cukup besar. Katanya dia (Petronas) dah tolong banyak kepada Bumiputera,” kata beliau.

Dr Mahathir turut menjelaskan kapasitinya sebagai penasihat tidak berikannya kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Petronas, sebaliknya beliau hanya boleh memberi nasihat.

“Saya cuma dengar banyak orang tak puas hati (dengan Petronas). Jadi bila orang tak puas hati, saya beritahu kepada presiden (Petronas).

"Terpulang kepada dia lah apa tindakan (nak diambil) sebab dia (ada kuasa) eksekutif. Saya bukan (ada kuasa) eksekutif,” jelas beliau.

Katanya, jika dilihat dari sudut keuntungan dicapai Petronas masa ini, pengurusan Petronas dianggap berada dalam keadaan baik.

Berhubung laporan Sinar Harian kelmarin mengenai peniaga-peniaga kecil yang didakwa tidak dibenarkan lagi membekalkan makanan seperti roti, nasi lemak dan kuih-muih ke stesen Petronas, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenai perkara ini.

“Yang itu saya tak tau la. Ni saya baru dengar kata nasi lemak tak boleh jual (di stesen Petronas),” katanya.

Mengenai keluhan banyak syarikat Malaysia yang menerima kontrak syarikat gergasi minyak antarabangsa, tetapi tidak mendapat peluang di negara sendiri, Mahathir berkata Petronas perlu mengambil tahu mengenai masalah itu.

 Petronas perlu berperanan membantu dan menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera tanpa mengutamakan keuntungan.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu istimewa kepada rakyat di negara ini kerana menjadi penyumbang dan sumber terbesar pendapatan negara.

Menurutnya, Petronas perlu membangunkan ekonomi Bumiputera dalam pemberian kontrak kepada syarikat kecil atau besar yang dimiliki Bumiputera.

“Tuduhan bahawa syarikat ini meminggirkan Melayu mungkin tidak benar. Dakwaan tersebut disebabkan kecewa kerana tidak mendapat apa yang mereka mahukan dan berlainan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar bahawa Petronas pilih kasih dalam memberikan kontrak.

Zainal berkata, sekiranya dakwaan itu berlaku, Melayu dan Bumiputera perlu mendesak Petronas untuk membangunkan ekonomi mereka.

“Petronas tidak wajar memberikan keutamaan kepada syarikat asing,” katanya. Baca juga diSINI

Siapa sebenarnya yang berkuasa penuh keatas Petronas ?

4 comments:

  1. simple case.. kenapa Petronas Dagangan Berhad, cabang runcit Petronas yg bertanggungjawab terhadapa stesen2 minyak Petronas masih jilat CinaBeng dgn berikan kontrak besar membekalkan air mineral?? itu contoh plg busuk yg Petronas bodohkan org Melayu. Apakah org Melyu xde kapasiti nk botolkan air mineral drpada memberikan kontrak berjuta kepada Sin Chuan-Air Bangkai Kubur Cina Mampos- dgn jenama Air Mesra/ Spritzer/Cactus???

    Isu mudah tp dibelit2kan orlg org2 atas PETRONAS yg mungkin ada rahsia lain!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak aduan tentang air bangkai cina mampos terhadap petronas tetapi senyap begitu je

      Delete
    2. Orang ISLAM bersatu minta PETRONAS bayar zakat...kita tuntut satu lembaga zakat kebangsaan dibawah majlis raja-raja. kita desak semua glc bayar zakat...INSYA ALLAH orang ISLAM akan terbela

      Delete
  2. Petronas sudah dipenuhi oleh penyokong pr

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...