Video Sadis !!! Si Fakir OKU Dihalau Diceramah Pas Abby Abadi Terus Di 'Usha'

Tahniah buat Abby Abadi kerana bakal terlepas dari ditanya oleh malaikat akan tanggungjawabnya perjuangkan agama kerana namanya sudah tersenarai  setelah mengisi dan menyerahkan borang rasmi yang turun dari bulan dan beliau sangat meyakini akan perkara tersebut.

“Bukan saya tak nak masuk dari awal, tapi banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan saya nak orang lain tahu bahawa agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Lagipun hadirnya saya malam ini untuk menjadi ahli pas secara rasmi sebab tak nak pemimpin parti tidak berkesempatan melihat saya menjadi ahli,

“Saya tak hantar borang bersama dengan parti, nanti bila saya “disana” saya disoal kata memperjuangkan agama dan takut nama saya tak tersenarai, jadi saya termimpi-mimpi dengan keadaan itu, dan saya rasa sangat bersyukur hari ini saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah yang beragama Islam”. Katanya.

Bagaimanapun kehadiran Abby pada program yang dianjurkan Pas agak asing bagi pemimpin dan penyokong Pas kerana mereka baru sahaja didedahkan dengan penglibatan artis diatas keterbukaan perjuangan Pas demi menakluki Putrajaya. Majlis Pas juga sangat berbeza, kebanyakkan mereka sebelum ini yang sering memuja dan teruja dengan penampilan ulamak Pas, kini berubah selera dengan memperlihatkan keterujaan itu terhadap artis wanita seperti Abby Abadi namun tidak pula kepada artis seperti Aishah.

Begitu juga dengan artis lelaki seperti Hairie Othman, rata-rata penyokong dan pemimpin Pas tidak menampakkan minat yang tinggi untuk menggerumuninya, pasti ada sesuatu yang istimewa bersama Abby Abadi yang membuatkan berlakunya keterujaan terhadap beliau, lebih menarik lagi bilamana tudung yang dipakai Abby berkebetulan agak sedondon dengan baju salah seorang pemimpin Pas yang juga Exco kerajaan negeri yang hadir pada malam program tersebut.

Namun itu semua tidak menjadi satu hal yang besar untuk diperkatakan, melainkan merasa kesal dengan pentarbiahan Pas apabila tindakan dua anggota Unit Amal yang secara kasar telah menghalau seorang fakir miskin (berkemungkinan cacat) yang niatnya mungkin cuma ingin berkongsi rezeki di pentas yang sama sepertimana Pas menuba rezeki.

Dapat disaksikan pada rakaman video dibawah seorang lelaki yang dipercayai daif berlalu pergi dengan riak wajah yang terlalu duka beriring tadahan tangan yang hampa. Sangat menyedihkan hal seperti ini berlaku didalam majlis parti yang memperjuangkan Islam dan melaung-laungkan retorik berkebajikan, jika kedaifan didepan mata pun tidak dipedulikan apatah lagi kedaifan yang berada jauh nun disana, renung-renungkanlah Anda Mampu Mengubahnya.....

"Apapun kali ni tak derlah sampai melurut janggut"

2 comments:

  1. hahahah....tOk janggut sebelah Abby (ahli Syurga Baru PAS) nak try lah tuh...hahahahha...puuuIihh~

    ReplyDelete
  2. gilos betui.masuk pas = Islam.
    kesian umat Islam kat negara lain pasal takde pas kat sana

    memang betul pun ckp mb terengganu, pas = parti ajaran sesat

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...