Pengundi di Kuala Besut yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 24 Julai nanti dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan oleh kumpulan tertentu dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat.
Bagaimanapun kita percaya orang Kuala Besut ni cerdik-cerdik belaka, 'payah nok kene boddo kokrang, ke guane' ?
Namun tidak dinafikan, sebahagian masyarakat kadangkala mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang bertaburan dipentas ceramah, dimana dipentas ceramah pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Islam hebat bertutur sehingga pernah terlanjur mengkafirkan umat Islam yang lain, fahaman yang dibawa mereka seolah-olah hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain pula adalah sebaliknya.
Tapi bilamana mereka berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu dan arif mengenai hukum hakam Islam, kehebatan mereka tiada lagi, malah kopiah yang dipakai dikepala mereka pun akan tercabut apabila mereka di'sekolah'kan semula oleh golongan yang berilmu.
Begitulah apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, rakyat tidak menyokong kerajaan kerana rakyat tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai sesuatu isu, namun bilamana mereka sudah jelas mereka akan faham duduk perkara yang sebenar dan tidak ada sebab lagi untuk mereka tidak menyokong atau menentang kerajaan Islam yang ada pada hari ini. Antara penjelasan yang perlu diketahui oleh rakyat, rujuk rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Kalu dok cabut pioh puok dio, mu jange panggil namo kawang, ke guane ?
Undi PAS dapat DAP!
ReplyDelete