Calon 'pelik' Pas berkasut putih yang dipertaruhkan dalam PRK Kuala Besut merupakan satu-satunya calon yang menjadi bahan ketawa pimpinan Pas disamping gelagatnya yang terlalu luar biasa jika diangkat untuk membarisi kepimpinan Pas, jika pada kebiasaannya masyarakat membayangkan pemimpin Pas itu terdiri dikalangan Ulamak dan profesional, tapi kali ini bayangan itu berubah sama sekali.
Tidak kita nafikan kesilapan Pas meletakkan Azlan Yusof @ Endut diakui oleh sebahagian pemimpin Pas, sehingga timbulnya desas-desus mengatakan ada diantara mereka yang malu untuk turun berkempen membantu Che Long memenangi DUN berkenaan, ini kerana tindak-tanduk Che Long yang disifatkan mereka seperti 'orang tak betul' @ kurang siuman seolah-olah Pas sudah ketandusan pemimpin yang lebih berwibawa untuk diletakkan sebagai calon.
Cara bercakap Che Long yang 'leder' dan meleret itu menurut mereka jauh untuk dilihat sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi contoh kepada generasi muda, malah ia dilihat tidak lebih dari seorang kutu rayau. Dalam kita menempuh dunia tanpa sempadan ini, sepatutnya pemimpin hari ini perlu dihadirkan dalam bentuk keintelektualan yang lebih menyakinkan dan bukannya seorang yang dilihat tidak punyai jatidiri dan lemah.
Che long mungkin baik untuk dipimpin tapi bukan untuk memimpin, bagaimana beliau hendak memimpin sedangkan dirinya itu masih dipimpin dan diawasi serta dihalang daripada membuat apa-apa kenyataan sekalipun, sedarkah, jika beliau dipilih untuk mewakili rakyat, beliau perlu membawa suara rakyat untuk diperbahaskan didalam sidang DUN, namun jika suara beliau pun gagal diperjuangkan bagaimanalah nanti dengan suara rakyat ?
Apa penduduk di Kuala Besut ingin melihat kawasan tinggalnya itu mundur dan tidak punyai kemudahan yang sepatutnya ekoran dari memilih pemimpin yang bisu ? Harus diingat seseorang pemimpin yang hendak dipilih itu perlu datangnya dari kepompong ilmu bukannya kepompong kontaraktor 'cari makan'. Jika kontraktor cari makan yang dipilih untuk memimpin kerana ia terpengaruh dengan penampilannya dan simpati dengan gaya lenggoknya, maka ketahuilah bahawa anda telah tertipu.
Apa yang buatkan Che Long begitu bersungguh-sungguh sehingga merayu-rayu untuk menjadi wakil rakyat ? Apakah Che Long punyai idea dan misi yang bagus kepada rakyat di Kuala Besut ini ? Untuk apa Che Long ingin menjadi wakil rakyat sedangkan pada masa sama berjanji tidak akan menerima elaun sebagai wakil rakyat ? Apa yang istimewa hendak Che Long sumbangkan sehingga perlunya Che Long menjadi wakil rakyat ? Kalau benar-benar hendak bantu rakyat, Che Long seharusnya fokus sebagai seorang wakil rakyat dan menyerahkan perniagaan itu untuk diuruskan oleh keluarga dsbnya serta 1001 lagi persoalan yang boleh dipertikaikan diatas keterujaan beliau yang hanya inginkan jawatan sebagai wakil rakyat tapi tidak pula inginkan tugasan sebagai seorang wakil rakyat. Anda Mampu Mengubahnya..

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.