Bermula dengan pengakuan Pas yang mengakui mereka tercalonkan calon kurang cerdik dan lurus bendul di PRK Kuala Besut sehingga calon Pas itu Azlan Yusof @ Endut dinafikan untuk bercakap sebelum disembunyikan dan sehingga hari ini ianya masih gagal untuk dikesan.
Kehilangan calon Pas yang dikenali sebagai Che Long itu tiba-tiba dikatakan muncul menerusi kiriman sms yang meminta pengundi di UPU Kampung Baru supaya datang kerumah beliau untuk menerima pemberian zakat sempena Ramadhan dan hari raya.
Kiriman SMS yang dikatakan dihantar oleh Yang DiPertua Pas Besut, Wan Azhar Wan Ahmad itu bagaimanapun disifatkan sebagai sangat buruk dan tidak bermoral oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Zawawi Salleh sebelum meminta rakyat untuk menolak parti seumpama itu.
Namun taktik yang dilakukan Pas menjelangnya pilhanraya itu dapat dihidu oleh Rio Rashid yaitu salah seorang anggota Unit Media Baru (UMB) yang turut menunjukkan demo dan menjelaskan bagaimana kempen yang tidak bijak itu dilakukan.
Sejurus membuat pembongkaran akan cubaan Pas memperbodohkan rakyat bagi meraih simpati itu, beliau turut mencabar Che Long atau mana-mana pemimpin Pas untuk membuat laporan polis atau mendedahkan nombor yang mengirimkan SMS berkaitan dan bukannya hebat berkokok dipentas ceramah.
Jika diperhatikan, pemimpin Pas seringkali menghina rakyat di Kuala Besut ini baik secara langsung ataupun tidak, antaranya Pas telah mempertaruhkan calon 'kurang cerdik' atau disebut juga oleh Azhar Idrus sebagai 'bodo'. Pas juga dilihat hanya menggunakan kempen-kempen bersifat bodoh yang tidak pernah terpisah dengan fitnah.
Begitu juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kelmarin dalam ucapan ceramahnya, beliau menyifatkan kerusi yang Pas dan Pakatan Rakyat tewas termasuk Parlimen Besut serta kesemua DUN didalamnya adalah penempatan orang yang tidak
berpendidikkan,
Katanya, disebabkan rakyat tidak berpendidikkan mereka telah
memilih BN, sehubungan itu beliau meminta pengundi seperti itu perlu
belajar daripada orang terpelajar yang telah memberi kemenangan kepada
PAS dalam PRU 13 lalu. Anda Mampu Mengubahnya.
Tahniah , BN menang dengan majoriti 4700 kurang lebih
ReplyDelete