Senarai Rasmi Keputusan Pemilihan Pas

SHAH ALAM - Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 yang diumumkan petang tadi.

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Mohamad Sabu - 588 undi

Naib Presiden (diumumkan pagi Ahad)

Ahli jawatankuasa kerja:

1. Idris Ahmad - 927 undi

2. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi

3. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi

4. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi

5. Khalid Abd Samad - 547 undi

6. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi

7. Mazlan Aliman - 840 undi

8. Mohamed Hanipa Maidin - 604

9. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649

10. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688

11. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626

12. Nasrudin Hassan - 645

13. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627

14. Nik Zawawi Nik Salleh - 518

15. Dr Riduan Mohd Nor - 469

16. Dr Siti Mariah Mahmud - 437

17. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476

18. Nuridah Salleh - 424
Asmuni Awi
Sementara itu, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden PAS hanya akan diketahui pada Ahad selepas proses pengiraan semula siap diadakan.

Pengerusi Pemilihan, Asmuni Awi berkata, proses pengiraan semula terpaksa dilakukan berikutan terdapat pertindihan jumlah undi yang diperoleh calon yang bertanding.

"Saingan sengit...kita terpaksa kira semula.

"Berlaku pertindihan jumlah undi yang hampir sama bagi semua calon, beza terlalu kecil," katanya.

Tambah beliau keputusan untuk diadakan pengiraan semula itu dicadang oleh pihaknya sendiri tanpa bantahan daripadal wakil calon.

Jawatan Naib Presiden menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan penyandang, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Dua lagi calon yang bertanding ialah Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Datuk Abu Bakar Chik.

Cacar marbanya Pas tak dapat dinafikan lagi, perwakilan yang hanya 1129 orang pun dah kalut ribut nak handle, lebih menarik cacar marbanya Pas turut diakui sendiri oleh perwakilannya dari Johor pada klipvideo dibawah.

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...