Biadap! Ketua Wanita GERAKAN Hina Islam, Tunggu Selaran @Khairykj

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe secara terbuka begitu berani menghina dan memfitnah Islam dengan mendakwa hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil.

Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!" (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).

Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.

Mengapa si kafir ini begitu celupar sekali memfitnah agama yang menjadi anutan majoriti rakyat dinegara ini?. Wajarkah sikafir mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang pakar didalam perundangan Islam ?

Maklumat dari mana yang sikafir ini dapat sehingga ia berani menuturkan bahawa hukum hudud membela PEROGOL !!! Ulamak mana yang beritahu beliau ? Kalau tak tahu elok beliau bertanya dan bukannya memfitnah secara membabi buta.

Kenyataan fitnah seperti itu sangat mengguris hati umat Islam dan jika dibiarkan sudah pasti akan menimbulkan suasana tegang didalam keamanan hari ini.

Apapun kita menantikan 'penyelaran' daripada panglima pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, apakah KJ tidak merasakan penghinaan rakan dalam komponen BN ini  perlu diselar sepertimana selarannya terhadap Zulkifli Nordin yang dikatakan menghina mendiang Karpal Singh. Takkan KJ nilai 'mendiang' lebih tinggi dari Islam ?

Wahai orang-orang kafir, ketahuilah bahawa Islam itu adil, dalam kes rogol, jika mangsa tidak punyai saksi, perogol tetap tidak akan terlepas, sebaliknya ia akan dirujuk dibawah hukuman takzir, sila rujuk video penjelasan antaranya seperti dibawah.
Bagaimanapun adalah sangat malang bilamana mufti yang dipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal agama Islam lebih cenderung untuk menjadi pakar ekonomi dan bercakap mengenai cukai GST. Seolah-olah perlaksanaan cukai GST lebih WAJIB daripada perlaksanaan hukum hudud.

Perlaksanaan cukai GST sudah diberi keutamaan oleh kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat, malah kerajaan telah membazirkan sebanyak RM 17 juta bagi tujuan publisiti dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat, (pembaziran kerana publisiti yang lemah dan gagal memberi kefahaman terhadap majoriti rakyat).

Sebaliknya dalam usaha perlaksanaan hukum hudud, kerajaan belum mengambil langkah yang sama sebagaimana persediaan untuk melaksanakan cukai GST, disebabkan itu kesesuaian untuk melaksanakan hukum hudud membawa kepada perbezaan pendapat dikalangan pakar.

Namun sebagai langkah persediaan perlaksanaan hudud, tak sangka ada juga dikalangan manusia yang mengaku sebagai umat Islam namun bersekongkol dan sependapat dengan puak-puak kafir dalam menentang perlaksanaan hukum hudud biarpun dalam konteks perlaksanaan hanya diperingkat negeri KELANTAN.

Entah apa masalah mereka untuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, jika anda bukan penjenayah perlukah anda takut kepada hukuman tersebut?

Sama juga seperti hukuman sediaada bagi pengedar dadah iaitu hukuman gantung, hukuman itu sangat berat sekaligus mengakhirkan kehidupan si pengedar dadah, namun jika kita bukan pengedar dadah, adakah kita merasa takut dan menentang hukuman itu ?

Sepatutnya perlaksanaan hukum hudud diperingkat negeri Kelantan disokong oleh semua pihak, dan kerajaan persekutuan pula bertindak sebagai pemantau kepada perlaksanaan itu supaya setiap hukuman yang diperjalankan menepati syariat Islam yang sebenar.

Dengan perlaksanaan diperingkat negeri, makanya kerajaan sudah ada pengalaman sebelum perlaksanaan diseluruh negara. Daripada perlaksanaan diperingkat negeri juga kerajaan akan dapat mengenalpasti kelompangan dari aspek yang disebut 'kesesuaian' yang perlu kepada penambahbaikkan.

Tidak ada sebab untuk golongan 'non-muslim' menentang perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan. Biarpun di Kelantan turut mempunyai masyarakat majmuk, namun majoriti muslim jauh lebih besar yaitu 95 peratus, jadi takkanlah 95 peratus itu memilih untuk menjadi 'bacul' dan tunduk kepada mereka yang 5 peratus ? Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. Kita juga kurang jelas sebenarnya.PAS kata hukum hudud begini.UMNO kata begitu.Tak heranlah jika bukan Islam keliru.Kita pun keliru.Tetapi dlm kekeliruan itu tidak bermaksud kita menentang undang2 hudud.Cuma kita perlukan penjelasan utk kita faham sedikit asas hukum hudud.Mustahil kita boleh faham 100%.Pihak ulama pun tak begitu jelas dlm hal tersebut.Lebih2 lagi aspek perundangan dlm hudud bukan mudah difahami.Pakar perundangan pun belum mesti tahu 100%.Maka eloklah dikaji dgn teliti sebelum hukum hudud nak dibentangkan kpd rakyat.Cari konsensus.Jgn sembromo dlm isu agama.Tak tau kata tak tau.Kita memang tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau belajar lah. Xkan lah ulama tak tau? Kalau hang xtau tu aku pecaya la. Macai je slalu yg xtau hukum ni. Abis negara yg jalankan hukum hudud ni pn xtau la? Bebal jgk hang ni. Tula nabi dah pesan da.... Tuntutlah ilmu walau kenegara cina pn.. Maknanya ilmu ni wajib dituntut. Yg kau tak nk blaja tu yg bebal. Belaja agama xnk. G kls agama xnk, lps tu dok ckp KITA TAK TAU. Semua tak tau. ABAH KAU

      Delete
  2. Mak cik ni same gk dgn pendemo2 GST. Tidak tahu ape itu GST...cmne die berfungsi...pastu berdemo. Hahaha. Mak cik ni patut ambil tahu in detail cmne hukum tu berfungsi...sblm membuat apa2 komen. Tpi ye la...apa2 psl islam....mmg terus dianggap negatif...so this mak cik x nk ambil tahu langsung....then terus serang. Mcm tu le selalu berlaku terhdp islam masa kni. Kalau org islam bersatu ...xpe gk.....ni ade le bbrp mangkuk hayun....nama je islam.....tpi menolak plak hukum tu. Tu psl mak cik tu berani ckp cmtu..sbb org islam sndiri x hormat agama sndiri. Kepentingan dunia lebih utama dari segala2nya. Mcm le kuasa memerintah tu boleh bawa mati.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...