Ingatkan Pelajar UiTM Je, Rupanya Mufti Pun Keliru Bila Menteri Bertaraf Chef @ahmadmaslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang agak sinonim dan terkenal kerana sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sekali lagi berdepan situasi sama sebelum meminta supaya pelajar tidak terus memanipulasikan kenyataannya berhubung dengan saranan beliau supaya pelajar masak sendiri bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.

"Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," Katanya.

Apakah bercakap bab memasak ni menggambarkan intelektual seorang Menteri dalam negara yang sedang menuju wawasan 2020 ? Nak bercerita pasal masak-memasak ni ada eloknya jadi 'Chef' jangan jadi Menteri.

Perkara seperti itu tak memerlukan seorang bertaraf Menteri yang bercakap, buang masa, pelajar pun boleh fikir sendiri, lecturer pun boleh beritahu benda macam tu.

Menteri mesti bercakap atau lakukan apa yang orang biasa tidak ada kuasa untuk lakukan, contohnya memastikan (bukan sekadar nasihat) kafe tidak menaikkan harga dsbnya.

Bagaimanapun kenyataan yang mencabar intelek rakyat seperti ini bukanlah pertama kali yang dikeluarkan oleh Menteri, kelihatan ia sudah sinonim, jika hal ini berterusan bagaimana akhirnya pandangan rakyat terhadap kerajaan ?

Hampir semua lapisan masyarakat terkeliru dengan kenyataan Menteri, dari pelajar IPTA, Prof, sehinggalah Mufti, orang kampung lagilah.....

Kita belum bercadang untuk menyenaraikan kesemua kenyataan kontroversi Menteri, cuma diharapkan Menteri tidak berterusan mengeluarkan kenyataan bod#% yang akan mengurangkan rasa hormat rakyat kepada Menteri dan kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

'Menyesal tak belajar rajin dulu, kalaulah rajin, dapat pointer 3.85 boleh jadi Menteri'

3 comments:

  1. menteri sekarang memang kurang buat homework. nak cakap dgn kalangan akademik dibantainya seperti bercakap dengan budak tadika. ini suatu yang amat malang dan memalukan. adakah hanya dengan memasak makanan sendiri dapat elak beban 100% daripada gst? apa sandaran menteri bercakap begini? cukup dengan beli sayur dan ikan serta beras? ulang2 hari2 makan menu yang sama sehingga masa utk belajar habis dengan memasak. saya ingin berpesan kepada menteri berkenaan agar menyediakan nota persediaan untuk bercakap, biar kurang bercakap asal sekali cakap ada makna dan memberi ilmu. bukan banyak bercakap tetapi semuanya sekadar LAWAK JENAKA DAN LAWAK BODOH.

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya kita semua dilahirkan kaya-raya. Manusia sendiri yang akan mencorakkan kehidupannya sendiri samada nak ke kaya-raya, senang sahaja, cukup makan, miskin, fakir, mahupun papa kedana.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...