Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Lulus Lesen Arak Di Kelantan - Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan - Video

"Kerajaan Pas Kelantan kerajaan syaitan, Nik Aziz Ulamak syaitan, Ustaz Pas ustaz syaitan", kenyataan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus keatas mana-mana kerajaan yang membenarkan perniagaan arak dan judi, beliau memetik ayat Al-Quran didalam Surah Al Maaidah, Ayat 90,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Azhar itu ternyata ianya tepat terkena keatas pemerintahan ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan menyalahkan orang lain. Buktinya sebahagian gambar-gambar yang telah saya dan blogger AOK rakam disekitar Kota Bharu terutamanya di Sri Cemerlang pada klipvideo dibawah.

Dijangkakan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan, manakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 10 buah kedai.

Disamping itu terdapat juga beberapa pusat hiburan seperti Pub dan karaoke, namun belum dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti itu secara haram atau mempunyai lesen.

Bagaimanapun isu pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.

Mungkinkah fatwa 'syaitan' itu tidak terpakai jika ia dilakukan oleh kerajaan Nik Aziz ?

Pengakuan Keramat - Nik Aziz Didatangi Seorang Tua Ditengah Malam, Mungkinkah Malaikat ?

Rakyat di Rantau Panjang tidak perlu risau dengan situasi ketiadaan jambatan yang dimahukan itu, kekeramatan yang ada pada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan segera menyelesaikan masalah itu, cuma mungkin Nik Aziz sedang menunggu kehadiran malaikat yang menyamar seorang orang tua bertemu dengannya.
Berjaya membina sebuah jambatan perasaan bangganya tidak terperi, syukur keadaan itu, Alhamdulillah, namun persepsi keramat terus diundang ke minda rakyat, perasaan haru bertemu seorang tua yang tidak dikenali itu seolah-olah sengaja memberi pelbagai gambaran rakyat terhadapnya,

Melihat kepada dasyatnya keprihatinan dan perasaan haru serta tangis Nik Aziz itu sepatutnya sudah  tidak timbullah isu-isu ketiadaan jambatan seperti itu. Atau mungkin Nik Aziz sedang menantikan seorang orang tua tampil kerumahnya terlebih dahulu?

Apapun kali ini sekirannya ada lagi orang tua itu hadir, Nik Aziz jangan lupa mengenai adat dan adab bila tetamu datang kerumah, bertanya khabar tentang nama, dimana orang tua itu tinggal atau dengan kata lain menyelidiki identiti orang tua itu, supaya kelak Nik Aziz tidak berasa kecewa kerana tidak sempat tahu siapa sebenarnya orang tua itu.
"Jangan-jangan orang tua itu malaikat yang diutus Allah untuk memperingati kita, semoga Kelantan terus maju dibawah kepimpinan TGNA" Itu hanyalah antara satu komen taksub dari beratus komen yang meletakkan sebagai "Jangan-jangan orang tua itu malaikat", dan ianya selari dengan kehendak dan tujuan persepsi itu dilemparkan.

Bagaimanapun untuk bersangka baik ataupun buruk itu adalah hak individu, sejauhmana anda mengenali Nik Aziz, maka  sejauh itu juga sangkaan anda terhadap tindak tanduk yang ditampilkan oleh beliau. Yang pentingnya masalah rakyat seperti diatas perlu diselesaikan seberapa segera kerana ianya satu keperluan yang lebih penting daripada keperluaan membina replika-replika rehal yang telah dibina itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Ingat !!! Jangan main-main, Hj Hadi dah 3 kali bermimpi bertemu Nabi, saya sekali, oleh kerana mimpi itu maka jangan main-main. - Nik Aziz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...