Showing posts with label keramat. Show all posts
Showing posts with label keramat. Show all posts

Nik Aziz Keramat, Mampu Menyembuhkan Pahlawan Negara Yang Tercedera Di Lahad Datu

Sekali lagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memperlihatkan drama keramatnya kepada umum dengan memberitahu bahawa beliau sedang membacakan ayat-ayat penyembuh kepada salah seorang perwira negara yang tercedera dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu semalam.

Keangkuhannya jarang memperlihatkan bahawa beliau sedang bertawakkal memohon izin dari Allah Taala, akan tetapi seolah-olah beliaulah yang mampu untuk menentukan sesuatu itu dengan keramat yang beliau ada termasuk menyembuhkan. Hebat bukan ? So undilah Pas, itulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Nik Aziz menerusi dramanya itu.

Sedangkan jika tidak punyai niat untuk mengkeramatkan diri beliau, cukup saja sekadar memberitahu yang beliau sebagai seorang pemimpin sedang menziarahi rakyatnya, tidak perlulah untuk memberitahu yang beliau sedang membacakan AYAT-AYAT PENYEMBUH, lebih islamik lagi jika beliau mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa agar kecederaan yang dialami oleh perwira negara itu cepat sembuh dengan keizinan dari Allah Taala.

Bagaimanapun ini bukanlah kes baru yang dilakukan oleh Nik Aziz, sebelum inipun bila tarikh pilihanraya dijangka makin hampir, Nik Aziz akan cuba sedaya upaya untuk berdrama keramat  meraih populariti dalam kes-kes yang menjadi tumpuan umum. Itulah harga diri yang ada pada seorang ularmak bernama Nik Aziz yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kekal menjadi MB sehingga ke akhir hayat. Anda Mampu Mengubahnya.




Pengakuan Keramat - Nik Aziz Didatangi Seorang Tua Ditengah Malam, Mungkinkah Malaikat ?

Rakyat di Rantau Panjang tidak perlu risau dengan situasi ketiadaan jambatan yang dimahukan itu, kekeramatan yang ada pada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan segera menyelesaikan masalah itu, cuma mungkin Nik Aziz sedang menunggu kehadiran malaikat yang menyamar seorang orang tua bertemu dengannya.
Berjaya membina sebuah jambatan perasaan bangganya tidak terperi, syukur keadaan itu, Alhamdulillah, namun persepsi keramat terus diundang ke minda rakyat, perasaan haru bertemu seorang tua yang tidak dikenali itu seolah-olah sengaja memberi pelbagai gambaran rakyat terhadapnya,

Melihat kepada dasyatnya keprihatinan dan perasaan haru serta tangis Nik Aziz itu sepatutnya sudah  tidak timbullah isu-isu ketiadaan jambatan seperti itu. Atau mungkin Nik Aziz sedang menantikan seorang orang tua tampil kerumahnya terlebih dahulu?

Apapun kali ini sekirannya ada lagi orang tua itu hadir, Nik Aziz jangan lupa mengenai adat dan adab bila tetamu datang kerumah, bertanya khabar tentang nama, dimana orang tua itu tinggal atau dengan kata lain menyelidiki identiti orang tua itu, supaya kelak Nik Aziz tidak berasa kecewa kerana tidak sempat tahu siapa sebenarnya orang tua itu.
"Jangan-jangan orang tua itu malaikat yang diutus Allah untuk memperingati kita, semoga Kelantan terus maju dibawah kepimpinan TGNA" Itu hanyalah antara satu komen taksub dari beratus komen yang meletakkan sebagai "Jangan-jangan orang tua itu malaikat", dan ianya selari dengan kehendak dan tujuan persepsi itu dilemparkan.

Bagaimanapun untuk bersangka baik ataupun buruk itu adalah hak individu, sejauhmana anda mengenali Nik Aziz, maka  sejauh itu juga sangkaan anda terhadap tindak tanduk yang ditampilkan oleh beliau. Yang pentingnya masalah rakyat seperti diatas perlu diselesaikan seberapa segera kerana ianya satu keperluan yang lebih penting daripada keperluaan membina replika-replika rehal yang telah dibina itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Ingat !!! Jangan main-main, Hj Hadi dah 3 kali bermimpi bertemu Nabi, saya sekali, oleh kerana mimpi itu maka jangan main-main. - Nik Aziz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...