Video - Calon Pas #PRKKualaBesut Berfatwa Sesat ! - "Saya Nak Duduk Dengan Allah Daripada Duduk Atas Dunia" Duduk Bersila Lendik Ko Wei ?

Keghairahan Calon Pas PRK Kuala Besut untuk menjadi wakil rakyat di DUN berkenaan dilihat semakin menjadi-jadi apabila rayuan dan rintihan yang terlalu cenderung berselindung disebalik mempergunakan agama digunakan oleh beliau dalam hasrat mencapai impian yang seolah-olah mempunyai agenda tersirat disebaliknya.

Ia boleh dikatakan punyai agenda tersirat kerana kita masih samar mengenai halatuju perjuangannya, jika melihat kepada sumpah laknat dimana beliau tidak akan mengambil elaun sebagai wakil rakyat, ia seperti luar biasa, dan tidak sepadan dengan slogan yang digunakan beliau yaitu ''Sedia berkhidmat', kerana slogan itu hanya slogan biasa yang digunakan oleh mana-mana pemimpin sekalipun.

Apa yang sepadan dengan kesungguhan beliau bersumpah laknat tidak akan mengambil elaun itu sebagai contoh ialah beliau akan memastikan setiap tahun 10 orang hafiz Al-Quran akan dilahirkan dari kalangan rakyat di Kuala Besut, barulah matlamat sebenar dan halatuju yang dibawa beliau jelas dan padan dengan kesungguhan sumpah laknatnya itu.

Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, tidak ada matlamat yang jelas, dek kerana itu ia menimbulkan rasa sangsi rakyat terhadap beliau dan motifnya untuk menjadi seorang wakil rakyat. Adakah beliau mengsasarkan kemenangan Pas bagi membolehkan Pas memerintah semula negeri Terengganu sekaligus beliau selaku kontraktor kelas 'A' berpeluang membaham segala projek-projek yang akan dibuat dinegeri itu?.  Berdasarkan latar belakang dan sejarah beliau sebagai ahli Umno yang menyertai Pas sewaktu Pas berjaya memerintah Terengganu, berkemungkinan besar andaian keatas beliau itu adalah tepat.

Azlan Yusof @ Endut sebagai seorang Kontraktor kelas 'A'  telah memperlihatkan keterujaannya dan kemeroyanannya untuk menjadi wakil rakyat dengan mempergunakan agama mengalahkan tutur kata dan amalan agama seorang Ulamak.

Beberapa pertuturan beliau sering memberi maksud yang bersifat 'extreme'  atau melampau dan tidak sesuai untuk dituturkan dalam maksud keadaan hari ini, malah dalam konteks beliau sebagai seorang kontraktor, antaranya seperti berikut :

"Saya nak duduk dengan Allah Taala-lah daripada duduk atas dunia ni, atas dunia ni kita duduk tak sedap jugak, bukan kita suka sangat atas dunia ni".

"Kita ni Alhamdulillah, Allah, Allah, Allah........., maha kayalah"

"Dan saya ni dipilih untuk duduk sini, saya bangga, tapi saya tidak bangga, bukan saya bangga saya dipilih, tapi saya bangga kerana Allah pilih saya untuk duduk disini hari ni, saya bangga Allah pilih saya untuk buat taat kepada dia, saya bangga InsyaAllah, saya bangga, Allah pilih saya "

Apa yang boleh kita fahami daripada maksud ayat yang dituturkan oleh beliau itu ? Selalu kita dengar Allah bersama kita, tapi nak duduk dengan Allah Taala dan Allah Taala bersama kita adalah punyai maksud yang berbeza, beliau nak duduk dimana dengan Allah Taala ? Kalau maksud Allah bersama kita, ia difahami bersama itu diatas dunia ini lagi, dan bersama itu juga tidak membawa maksud Allah bertempat atau bersama sekali dengan kita pada sesuatu tempat.

Adapun dengan beliau mengatakan "Saya nak duduk dengan Allah Taala daripada duduk atas dunia ni, atas dunia ni kita duduk tak sedap jugak, bukan kita suka sangat atas dunia ni". Ia sudah memberi maksud yang boleh dipertikaikan atas duduk itu, atau beliau ingin maksudkan tidak suka hidup didunia ini beliau ingin duduk bersila lendik diatas arasy sebagaimana yang diajar oleh seorang tokoh Ulamak parti itu beberapa tahun lalu.

Begitu juga dengan kata-katanya seperti "Allah pilih saya", apabila nak tunjuk sangat lebainya dalam mempergunakan agama, maka perkataan seperti itulah yang akan dituturkan, memang benar segala yang berlaku itu diatas kekuasaan Allah Taala, dan tiada bezanya dengan apa yang berlaku kepada orang lain, jika beliau sebagai calon Pas itu hendak katakan Allah pilih beliau, calon BN pun sama, Allah juga yang memilih beliau sebagai calon BN, atau beliau rasa ada beza Allah pilih beliau sebagai calon Pas dan Allah pilih lawannya sebagai calon BN ?

Tapi bilamana sesuatu itu diperkatakan  dalam situasi untuk meraih sesuatu kepentingan, ianya telah menampakkan satu perkara yaitu mempergunakan agama untuk mencapai kepentingan diri sendiri, atas sebab itu juga perkataan "Saya bangga" yang dizahirkan beliau dan bukannya "Saya bersyukur". 

Justeru diatas beberapa point yang boleh menjadi petanda kepada apa yang dikatakan ada agenda tersirat itu, seeloknya rakyat perlu menilai dan menimbang akan calon ini dengan berlapang dada tanpa perlu taksub dan terpengaruh dengan watak-watak beriman yang cuba ditampilkan oleh seorang yang bukan dikalangan ahlinya....

Melihat lebih jauh lagi, dibibir-bibir pemimpin tertentu ia sentiasa mengungkap nama Allah yang maha esa, biarpun pengungkapan itu secara salah atau dalam maksud yang tidak tepat, ada juga antara pemimpin tertinggi parti itu yang sering mengungkapkan nama Allah tapi tidak pula berani untuk bersumpah dengan nama Allah apabila sesuatu tuduhan itu dibuat dan dibuktikan keatasnya, tapi lantang pula bersuara jika tuduhan itu terkena kepada pihak lain.

Maka jelaslah, dimana rakyat perlu benar-benar menjadi rakyat yang bijak dan tidak rugi pada dunianya mahupun akhiratnya, kerana dizaman ini bermacam ragam manusia yang ada dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuk mewatakkan dirinya menjadi seorang yang dilihat beriman dan juga beragama. Anda Mampu Mengubahnya.

ABC - Asal Bukan Contractor, kalau Penceramah hebat Pas yang juga Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan pun bermufarakah daripada Pas, takkan sep kito di Kuala Besut tu nok sokong ?

PRK Kuala Besut
Aktiviti sebahagian penduduk di Kuala Besut, bertanding burung candik/ merbah jambul

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...