KERANA SYORGA PAS, BANTUAN WANG BR1M WANITA KELANTAN HANGUS

Syabas buat Pas Kelantan kerana berjaya melaksanakan sebahagian daripada Hukum Hudud Pas setelah lebih 22 tahun memerintah Kelantan. Kerana didalam kitab Pas+DAP  menyebut "Hendaklah dikompaun sebanyak RM500 kepada wanita yang mempunyai premis dan juga pekerjanya yang memakai baju lengan pendek walaupun dia tidak mengetahui kesalahannya itu".

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu. - Sinar Harian

Adakah pemilik premis saja yang akan ke syurga, bukankah ada baiknya undang-undang ini dikuatkuasakan pada keseluruhan orang awam beragama Islam. Inilah masalahnya bila guna agama untuk politik, sekerat pakai sekerat tidak, menutup aurat adalah diwajibkan keatas semua umat Islam, yang monopaus kita cerita semula.

Jadi kenapa undang-undang seremeh ini tidak dikuatkuasakan secara umum sejajar dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam, kesalahan ini tidak melibatkan siasatan polis, hospital dsbnya. Ianya cukup mudah untuk dilaksanakan, atau ia perlu mendapat mandat parlimen terlebih dahulu dan tidak boleh membuat pindaan undang-undang kecil negeri seperti yang telah dibuat keatas pemilik premis ?.

Secara jujurnya  undang-undang tersebut GK sangat menyokongnya, cuma cara perlaksanaan dibuat adalah tidak kena pada keadaannya sama sekali. Ianya seperti undang-undang sarang labah-labah. Tidak adil dan zalim. Ini tidak betul sebenarnya. Ia bukan cerminan yang baik kepada Islam. Sejauhmana maklumat mengenai undang-undang tersebut diketahui oleh rakyat, kesalahan kali pertama diatas alasan tidak tahu, mungkin lebih baik ianya diberi amaran dan nasihat terlebih dahulu.

Elok je wanita tu dapat bantuan kebajikan dari kerajaan BN yaitu wang BR1M RM 500, ia terus disapu oleh kerajaan berkebajikkan ala DAP. Kalau nak buat undang-undang Islam ni, buatlah betul-betul mengikut ajaran Islam yang sebenarnya supaya ianya mencerminkan dasar Islam yang adil. Janganlah undang-undang ini bermusim.

Maksiat bermaharajalela tidak pula tegas untuk diambil tindakan. Bagaimana pula jika wanita tersebut tidak memakai stokin, ikut undang-undang ianya tetap menjadi satu kesalahan, namun apakah ianya diambil tindakan ? Bila membuat sesuatu tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, maka akan banyak persoalan yang akan timbul mengenainya.


Sebelum ini Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjelaskan hanya pemilik premis yang mana pekerja wanita beragama Islam tidak berpakaian menutup aurat sahaja dikenakan kompaun.

Manakala wanita Islam yang datang ke bandar Kota Bharu sama ada untuk membeli belah atau urusan lain dikecualikan biar pun mereka tidak menutup aurat.

Sebaliknya mereka hanya akan diberi nasihat supaya berbuat demikian., Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, kompaun sehingga RM500 hanya akan dikeluarkan kepada pemilik premis yang gagal mematahi peraturan di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002) yang diluluskan kerajaan negeri.

Di bawah undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500, katanya di sini .

MPKB BRI baru-baru ini menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasa terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam membabitkan beberapa larangan termasuk pakaian kain terlalu singkat, tudung tidak menutup dada, lengan baju pendek, tidak bersarung kaki dan berpakaian ketat. 

Pekeliling yang diedarkan itu ditandatangani Yang Dipertua, MPKB-BRI, Haji Shafie Ismail.
Azman berkata, penguatkuasaan larangan mendedah aurat hanya dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan MPKB BRI tanpa mengira masa bukannya kepada pengunjung.

Walaupun arahan ini dikecualikan kepada wanita bukan Islam, namun mereka dinasihatkan supaya berpakaian sopan supaya tidak menimbulkan keghairahan.

Penguatkuasaan peraturan tersebut bukannya perkara baru malah ia dilaksanakan sejak lapan tahun lalu dan surat peringatan mengenainya dikeluarkan setiap tahun, ujarnya.

Sebelum ini MPKB BRI tidak menguatkuasa larangan menutup aurat sebaliknya menggalakkan wanita Islam berbuat demikian iaitu selaras dengan arahan agama. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...