NAJIB TURUN KOTA BHARU JUMAAT INI BAWA 11.......KEJUTAN !!!

Kepada seluruh rakyat Kelantan anda dijemput untuk hadir beramai-ramai dalam 'Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Profesional Kelantan' bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Jumaat ini bersamaan 02 March 2012 jam 4 petang di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.


Kehadiran Perdana Menteri  ke Kota Bharu sudah pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Kelantan. Kehadiran beliau juga dijangka membawa harapan baru kepada seluruh penduduk di negeri Kelantan dan Kota Bharu khasnya.

Sepertimana yang diketahui,  PM dalam program transformasinya  telah banyak membantu rakyat dalam memperkenalkan skim kebajikan seperti pemberian wang (BR1M), bantuan Kwamp Off, Baucer buku untuk pelajar (BB1M) dan banyak lagi, sila rujuk di SINI .

Namun bagaimana baik pun kerajaan BN, pembangkang tetap mengambil peluang menghasut rakyat untuk menidakkan dan mempersendakan seperti kata mereka, "Yang diberikan itu bukan wang PM atau wang UMNO, tapi wang rakyat, sudah menjadi kewajipan bagi sebuah kerajaan untuk membantu rakyat", 

Jika begitu, kita sebagai rakyat beranggapan "Sebuah kerajaan yang tidak membantu rakyat itu adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, cakap sahaja berkebajikan, tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat dan langsung tidak akan mengubah hidup rakyat". Ianya ibarat tanggungjawab sebuah syarikat dengan pekerja, besar atau kecil sesebuah syarikat itu, tanggungjawab membayar gaji kepada pekerja adalah wajib. Cakap dan janji kosong tidak akan mengenyangkan perut pekerja.

Memetik sumber dari laman blog Parlimen Kota Bharu , keputusan Perdana Menteri  untuk hadir menemui rakyat Kota Bharu dibuat pada saat-saat akhir setelah melihat kesungguhan Setiausaha Politiknya, Datuk Fatmi Che Salleh dalam usaha membawa perubahan kepada rakyat di Kota Bharu. Ianya sekaligus tidak menghampakan rakyat untuk hadir bertemu Perdana Menteri sebagai tanda ucapan terima kasih rakyat Kota Bharu diatas sumbangan kebajikan yang telah diberikan oleh PM kepada mereka.

Lebih menarik, diatas penghargaan itu, Perdana Menteri dilaporkan akan membuat kejutan dengan 11 pengumuman  yang akan menambahkan lagi kemanisan senyuman penduduk di Kota Bharu. Pengumuman yang paling bersejarah itu secara langsung akan membawa warga Kota Bharu menuju perubahan yang pastinya lebih baik dan bermanfaat kepada seluruh rakyat. Mungkin salah satunya adalah pembinaan Universiti Al-Quran Antarabangsa.
Apapun, warga Kota Bharu tetap bersyukur dan tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Fatmi Che Salleh kerana serius dan benar-benar cakna terhadap nasib dan keperluan warga Kota Bharu untuk dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri. Kesungguhan dan keikhlasan diatas platform yang ada pada Datuk Fatmi ini semoga diberi peluang oleh warga Kota Bharu untuk memilih beliau sebagai mewakilkan suara rakyat Kota Bharu di Parlimen nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

Memetik sumber dari Bernama, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini. Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...