LAKONAN TERBARU TANGISAN LADANG RAKYAT KELANTAN, KALI INI SIAPA YANG AKAN KANTOI ?

Siapa pula yang mengupah mereka ini untuk berlakon ? kalau dulu 'Tangisan Ladang Rakyat' dikatakan diupah oleh Umno untuk mengeluarkan airmata namun kali ini pastinya ramai yang ternanti-nanti jawapan mantik dari Pas Kelantan yang sentiasa maksum tanpa kesalahan.
KOTA BHARU - Sekumpulan penduduk mendakwa mereka ditindas oleh Kerajaan Negeri dalam kes permohonan tanah di Mukim Ulu Negggiri, Bertam dan meminta campur tangan istana untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Wakil penduduk, Mohd Shamsudin Mat Yusoff, 49, berkata, tanah berkenaan yang dibayar deposit sejak 2006 lalu dengan harapan akan menjadi hak milik mereka kini hanya tinggal deposit apabila diterokai sebuah syarikat lain.

Katanya, tanah seluas 40 hektar yang dibayar deposit dan diterokai oleh 15 penduduk kawasan berkenaan, kini diambil alih dan diteres syarikat berkenaan.

“Kami mula membuat permohonan dan membayar deposit untuk memiliki dan menerokai tanah di mukim berkenaan pada tahun 2006. Setiap orang diberikan satu lot yang terdiri daripada 2.4 hektar dan masing-masing menyerahkan deposit sebanyak RM1,995 dengan harapan tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka,” katanya ketika ditemui di rumah Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di sini, kelmarin.

Mohd Shamsudin berkata, selepas bayaran deposit berkenaan dibuat, mereka diarah menunggu masa untuk tanah tersebut disukat, dan sehingga kini masing-masing setia menunggu.

“Dalam proses menunggu yang bermula pada 2006 sehingga hari ini, kami bukan hanya berdiam diri tanpa mengingatkan pihak berkenaan, malah saya sendiri sudah empat kali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dan empat kali ke Pejabat Tanah dan Jajahan untuk mendapatkan kepastian mengenai status kami, namun usaha itu bagaikan tiada berpenghujung, masing-masing bagaikan cuba lepas tangan dan saling menuding jari antara satu sama lain,” katanya.

Seorang lagi wakil penduduk, Abdul Rahim Mat, 42, berkata, selama enam tahun menunggu tanpa kepastian, mereka terkejut apabila tanah yang sepatutnya menjadi milik mereka kini diterokai individu lain.

“Jika permohonan ini diproses pada 2006, sekarang ini mereka sudah boleh menuai hasil. Jika enggan memberikan tanah tersebut, kembalikan deposit bersama pampasan kerana lebih RM5,000 dihabiskan untuk membersih dan meneroka kawasan tersebut selain kos turun naik pejabat terlibat bagi mendapatkan status mereka,” katanya. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...