PANAS HANGIT DI KELANTAN, TUN M JUGA BERPESAN NANTI DIGULINGKAN!!!

KUALA LUMPUR - Pemimpin utama negara mahupun pemimpin sesebuah pertubuhan perlu mengutamakan kepentingan pengikutnya daripada kepentingan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai pemimpin hari ini lebih memfokuskan kepentingan diri sendiri daripada memikirkan kesejahteraan dan masa depan pengikutnya.

Ada pemimpin menubuhkan persatuan dan gunakan pengikutnya untuk mencapai cita-cita besar mereka. Pemimpin seperti ini sudah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

“Pemimpin perlu mengutamakan kepentingan pengikutnya yang memberi mereka peluang memimpin dan pemimpin itu perlu membawa pengikutnya ke arah masa depan yang lebih cerah,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama belia menerusi Program Bicara Minda bertajuk Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020, semalam.

Bercakap di hadapan lebih 1,000 belia itu, beliau turut memberikan peringatan kepada pemimpin yang sudah lupa akan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Katanya, jika seseorang pemimpin itu terlalu taksub dengan kepentingan diri dan gagal menerajui tampuk pemerintahan ke arah yang lebih baik, pemimpin itu akan digulingkan.

“Apabila pemimpin lupa akan tugasnya, pengikut-pengikut ini akan berhenti daripada mengikutnya. Jika mereka hanya berhenti sahaja tidak mengapa, tetapi mungkin pengikut ini akan bertindak menjatuhkan pentadbiran kepimpinan itu.

“Keadaan ini dapat dilihat di Timur Tengah, apabila pengikut mula bertindak menyingkirkan ketua negara mereka,” katanya.

Menurutnya, pengikut adalah mereka yang bertanggungjawab menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin. Oleh itu, setiap pemimpin seharusnya menjaga kepentingan pengikut mereka tanpa mengira sebarang perbezaan.

“Mungkin pengikut mereka itu masih sabar. Tapi bila mereka hilang sabar, mereka akan bangkit menentang pemimpin mereka sendiri,” katanya.

Beliau turut menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh pemimpin berkesan yang membawa pengikutnya dari zaman jahiliah menjadi masyarakat yang bertamadun dan dikenali seluruh dunia.

Menurut Dr Mahathir, zaman berubah dan sebagai pemimpin mereka perlu lebih bijak daripada pengikut-pengikutnya.

“Pemimpin hari ini perlu berpandangan jauh, mahir dalam pelbagai bidang dan mampu membuat pilihan bijak.

“Sebagai pemimpin, mereka bukan hanya perlu turun padang melawat orang sakit atau menziarahi kematian, tetapi perlu lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata, apabila pemimpin itu cekap, ia mampu membawa pengikutnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia.

Pada sesi soal jawab bersama kumpulan belia, Dr Mahathir yang juga merupakan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana turut mengkritik sesetengah pemimpin belia yang sudah terlalu lama memegang jawatan dan enggan menyerah­kannya kepada golongan pelapis.

“Golongan belia yang layak harus diberi peluang memimpin. Tetapi ada segelintir pemimpin belia yang telah dipilih enggan melepaskan jawatannya, walaupun mereka bukan lagi golongan belia ketika itu.
“Inilah masalahnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ada pemimpin yang selesa dengan kedudukannya sehingga tidak mahu memberi peluang kepada orang lain.

“Mereka ini perlu sedar, apabila sudah tiba masanya mereka perlu berundur. Itu bukan bermakna mereka tidak bagus, tetapi sedia beri peluang kepada mereka yang berbakat,” katanya.- Sinar Harian.

GK
Jadi berhati-hatilah kepada semua pemimpin, GK sendiri ada mendengar desas desus yang sudah bertiup kencang di Kelantan sejak kebelakangan ini, walaupun sebenarnya sudah lama mendengar tapi akhir-akhir ini ianya seakan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Bodohnya seseorang pemimpin bila dia merasakan dirinya tu hebat dan boleh memperbodohkan pengikutnya lebih-lebih lagi mereka yang dikatakan orang lama terus terpinggir, yang disusun baris adalah orang-orang baru yang selenga dan berfikir kebudak-budakan.

Perjuangan yang ikhlas biarlah betul-betul ikhlas, ramai yang sedang memerhati, GK sekadar pendengar yang sentiasa memberi sokongan untuk kebaikkan, ubun-ubun pun tidak keras sudah pandai main wang. Memperjalankan sesuatu pula tanpa sebarang certificate yang sekaligus akan merosakkan sebuah organisasi yang besar dan utuh.

Cacar merba yang dilakukan sudah tidak dapat diselindungkan lagi dan ianya akan terbongkar, bila pemimpin tidak pandai berpolitik serta angkuh dengan kepimpinan yang dungu, maka cita-cita seorang pemimpin itu akan musnah bersama dungunya. Kata orang lama, "Berkawan dengan dungu, kita akan jadi dungu." Nak berkawan dengan orang cerdik, takut cita-cita tak tercapai.

Bagaimanapun GK hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat keberlakuan seterusnya, tidak ada apa-apa kepentingan untuknya, namun nasihat GK pada mereka yang merasakannya, berwaspadalah dengan dengan setiap tindak tanduk yang dilakukan.Pemerhati bebas ada disekeliling anda..Telinga GK sudah penuh dan terpaksa dimuntahkan sedikit demi sedikit......Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...