Video - Bukti Penangan 'Dakap Mesra' @Zahid_Hamidi Mujarab Bisukan Lim Kit Siang Di Parlimen

Pada awal Jun lalu, umum mengetahui tentang isu yang hangat dibangkitkan oleh Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim mengkritik serta mempertikaikan kredibiliti Zahid sebagai seorang Menteri KDN, kritikkan yang dibuat pemimpin DAP itu seakan-akan satu isu yang serius yang perlu ditangani segera kerana ia berhubungkait dengan sistem keselamatan negara.

Sebelum ini Veteran DAP itu dalam satu kenyataan beliau membayangkan Malaysia mempunyai ‘penjenayah’ sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau turut mempersoalkan kenapa Zahid tidak diheret ke mahkamah oleh pihak polis dan disabitkan atas serangan jenayah.  Tidak cukup disitu, kesungguhan Lim Kit Siang dalam membangkitkan isu ini sehingga mendesak Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri supaya mengeluarkan kenyataan sama ada beliau bersetuju bahawa Zahid perlu membersihkan namanya daripada segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya

Dalam kelantangan pemimpin kuffar DAP itu memainkan isu berkenaan dalam usaha untuk menghancurkan karier politik pemimpin Islam yang bernama Zahid ini, tanpa disangka tiba-tiba berlakunya satu runtuhan penebat kilat dinegeri Pulau Pinang yang sekaligus membuka ruang untuk menjadi penyebab kepada kehadiran Zahid bertemu dengan pemimpin dari DAP itu.

Ketika melawat keluarga mangsa dan lokasi kejadian, Zahid dilihat begitu mesra dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sehingga dilihat berlakunya perdakapan mesra antara mereka,  sejurus insiden 'dakap mesra' itu berlaku, segala kelantangan Lim Kit Siang sebelum ini berhubung isu berkenaan terus senyap. Pertikaikan mengenai kredibiliti Zahid tidak lagi dikumandangkan oleh Lim Kit Siang. Namun, dapatkah kita bayangkan peristiwa apa yang ada disebalik insiden 'dakap' itu ?

Sangkaan keMelayuan seorang Naib Presiden Umno hilang apabila mendakap erat pemimpin DAP itu ternyata meleset sama sekali ? malah, dakapan Zahid itu telah meninggalkan satu pelajaran yang cukup besar khasnya kepada orang Melayu mengenai sikap sebenar pemimpin pembangkang terutamanya daripada DAP yang sering disanjung oleh orang Melayu berideologikan PAS.

Kebisuan Lim Kit Siang bukan setakat diakhbar semata-mata, bahkan ketika perbahasan dalam sidang parlimen semalam. Lim Kit Siang langsung tidak bangun ketika MP Puchong, Gobing Singh Deo membangkitkan isu ini, dalam suasana kecoh parlimen ketika itu, ia agak aneh sekali jika Lim Kit Siang hanya mampu mendengar sambil 'menggetel' jerawat batu yang ada dimukanya, sedangkan sebelum ini lantangnya beliau menyalak mengalahkan anjing. 

Ikhlaskah pemimpin DAP membangkitkan isu terhadap Zahid itu kononnya demi membela nasib  rakyat yang telah dinafikan keadilan keatasnya ? Tidak... Zahid telah membuktikan isu yang dibangkitkan keatas beliau itu bukanlah satu isu yang serius dan ia tidak lebih dari isu yang cuba dipolitikkan bagi tujuan tertentu.

Memandangkan lelaki yang dikatakan telah ditumbuk oleh Zahid itu merupakan anak guam kepada Gobind, hanya tinggal Gobind saja yang terpaksa menyalak membawa isu ini demi kepentingannya sebagai peguam kepada lelaki tersebut, namun jika Zahid turut mengambil pendekatan 'dakap mesra' terhadap Gobind sebagaimana yang telah diuji keatas Lim yang ternyata berkesan itu, maka isu yang cuba dipolitikkan ini juga tidak akan dipertikaikan lagi. Namun bersediakah Zahid untuk melakukannya ?

Kesimpulan dari itu, jelas apa yang telah dilakukan Zahid kepada Lim Kit Siang itu adalah satu bukti untuk menunjukkan isu yang dituduh keatas beliau satu tuduhan liar yang sengaja diperbesarkan dan ianya langsung tidak ada kena mengena dengan kredibiliti Zahid selaku Menteri Dalam Negeri. Anda Mampu Mengubahnya.

Mujarab sungguh penangan Zahid terhadap Lim Kit Siang, bolehkah berkongsi apa rahsia disebaliknya ?

1 comment:

  1. bro, call aku jap. no mu hilang :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...