Mendengar ucapan Presiden Umno
mengenai kepentingan media sosial serta dibandingkan dengan kredibiliti
Pengerusi Biro Media Baru (BMB), ianya langsung tidak
selari dari apa yang beliau ucapkan dengan penuh gegaran pada
perhimpunan agung parti itu semalam.
Ucapan
beliau itu boleh disifatkan sekadar retorik semata-mata, sedang realiti
yang berlaku jauh panggang dari api, apa yang dikehendaki itu ternyata
gagal untuk dihayati apatah lagi untuk diterjemahkan oleh barisan
kepimpinan beliau sendiri.
Ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno, Najib menggariskan lima pengisian transformasi UMNO untuk memastikan Barisan Nasional yang ditunjanginya terus kekal memerintah. Salah satu yang digariskan itu ialah 'Mempersiaga jentera transformatif'.Menurut beliau, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Malah, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada 2013.
Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang dilemparkan pembangkang.
Bagaimanapun sedarkah Najib siapa yang mengepalai jentera maya Umno itu ? Jika Najib kata dunia maya sangat penting kerana ia penentu kepada keputusan pilihanraya dan siapa yang menguasai ruang cyber merekalah yang akan berjaya, nampaknya Najib telah meletakkan 'lifestyle' dan masa depan Umno benar-benar didalam kegelapan.
Ini kerana umum menyedari siapakah yang mengepalai jentera cyber Umno yang dikenali dengan 'Raja Instagram' atau 'Cocodilly' aka Ibdillah Ishak yaitu Pengerusi Biro Media Baru, seorang yang kredibilitinya dipertikaikan oleh banyak pihak, antaranya 31 orang blogger, rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.
@LIFESTYLE superman
ReplyDeleteApalah Makna Membawa Parang...
Jikalau Tidak bawa belati...
Apalah Makna Kemedan Perang...
Jikalau Tidak Berani Mati...