Sambutan tahun baru 2014 kali ini akan disambut bersama kadar kenaikkan tarif elektrik sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini. Kenaikkan itu disebabkan beberapa faktor antaranya peningkatan bekalan gas bersubsidi daripada RM13.70/ bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBTU) kepada
RM15.20 mmBTU. Harga pasaran bagi gas asli cecair (LNG) berada pada paras RM41.68/mmBTU sementara arang batu pada AS$87.50
(RM280.7) satu tan, dan 78.60 peratus daripadanya adalah
bagi menampung kenaikan harga gas bersubsidi dan harga LNG, manakala 3.4
peratus lagi adalah bagi arang batu.
Diatas adalah perbandingan kadar tarif elektrik antara negara jiran, berbanding dengan Thailand, bermula 1 Jan 2014, kadar tarif elektrik negara kita adalah lebih mahal.
Sumber: Keetha |
Sedangkan harga gas bagi sektor elektrik di negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Singapura adalah lebih tinggi iaitu RM 24.68/MMBtu dan RM 54.93/MMBtu sementara di Malaysia harga adalah RM 15.20 MMBtu.
Bagi arang batu ia diimport dinegara yang sama mengikut harga pasaran yang ditetapkan antara AS$85 - AS$87.50 satu tan. Manakala LNG pula PETRONAS telah menyediakan kemudahan mengimport gas asli cecair (LNG) melalui terminal penggasan semula (Regassification Gas Terminal) Sg. Udang, Melaka. Penggunaan gas oleh TNB yang melebihi 1000mmscfd akan dibekalkan daripada RGT Sungai Udang, Melaka pada harga pasaran.
Persoalannya mengapa harga tarif elektrik yang telah diberi subsidi di Malaysia lebih mahal berbanding Thailand ? Walhal pembekal elektrik di Thailand memperolehi harga gas bagi sektor elektrik RM 24.68/MMBtu jauh lebih tinggi daripada TNB RM 15.20 MMBtu. Maklumat berkenaan terdapat di laman Keetha dibawah perkara 'Rasionalisasi Subsidi bahan api dan tarif elektrik di semenanjung'.
Bagaimanapun persoalan ini cuba diajukan kepada Pengerusi Biro Media Baru Instagram, Ibdillah Ishak @Lifestyle, namun dari pagi sampai sekarang masih tak beri apa-apa jawapan, mungkin duk ber-'cocodilly' lah kot, lembap macam ni entah macammana dengan media baru Umno! Hancus!!! Anda Mampu Mengubahnya.
Rujukan:

TNB, Keetha, Wood Mackenzie, The Electricity of Thailand (Egat), Bloomberg, Energy Compass, Energy Information Administration, FACTS Global Energy, Oil & Gas Journal, Petroleum Economist, Platt's Oilgram, Thailandgas, Thailand National Petroleum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.