Bukti TNB Tipu Lagi, Pecat Saja CEO TNB! @NajibRazak Tolonglah Jangan Jadi PM Dayus! @Khairykj

Seronok sungguh berniaga dengan kerajaan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ni, untunglah syarikat-syarikat kroni ni semua, selain perniagaan yang dimonopoli, syarikat-syarikat ini berhak untuk kenakan apa-apa caj kepada pengguna yaitu kita rakyat di negara bertuah ini.

Antara syarikat itu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), ini syarikat betul-betul MENIPU, kita salah pun dikenakan caj, dia (TNB) salah pun kita juga yang dikenakan caj, apa punya dasar macam ni ?, benar-benar menindas rakyat ! Ini tidak adil dan ia perlu dibantah habis-habisan !!! Najib selaku PM yang sering mendendangkan transformasi pernahkah menilai KPI CEO TNB,  Datuk Seri Ir. Azman Mohd ?

Oleh kerana artikel sebelum ini yang mendedahkan mengenai PENIPUAN TNB terhadap pengguna mendapat perhatian ramai pembaca, rujuk diSINI. Sekali lagi isu berkenaan ingin dibangkitkan kerana pihak TNB menerusi TNB Careline gagal memberikan penjelasan selain membuang pautan masalah ini sebelum sekali lagi ia terpaksa diajukan.
Bagaimanapun, semalam pada pukul 10.43pm, seorang pembaca yang menggunakan akaun Hafidz7170 dalam ruangan komen telah memberikan penjelasan terperinci (menguntungkan TNB) mengenai formula pengiraan tersebut dan menafikan dakwaan saya yaitu 'TNB KENCING PENGGUNA', saya sempat meneliti corak penjelasan beliau dan saya yakin beliau adalah wakil dari TNB, tapi sayang setelah saya menjawab balas penjelasan beliau, saya dapati beliau telah 'delete' penjelasan diruangan komen itu, nak tanya, macam ni ke SOP TNB berstatus GLC ?

Seterusnya, mohon rujuk bil dibawah, jumlah keseluruhan kegunaan dalam tempoh 35 hari ialah 514 Kwh, bulan berkenaan punyai 30 hari, maknanya bil dibaca lewat 5 hari, formula pengiraan yang TNB gunakan hanya meletakkan 33 Kwh pada kadar caj 0.218. Jika penggunaan 35 hari ialah 514 Kwh, apa anda fikir logik kegunaan untuk 5 hari hanya 33 Kwh atau 6.6 Kwh sehari ?

Tidak dinafikan TNB punyai formula pengiraannya sendiri, namun setelah saya kaji secara menyeluruh, saya dapati formula yang digunapakai oleh TNB dalam pengiraan bagi bil yang dibaca lewat kesemuanya merugikan pengguna.

Sedangkan kelewatan membaca bil itu berpunca dari kelemahan TNB sendiri, ia berbeza dengan caj penalti yang dikenakan kepada bil yang tertunggak, kerana caj itu wajar dikenakan kepada pengguna disebabkan masalah bil tertunggak itu berpunca dari kelemahan pengguna. Tapi takkanlah pengguna bayar bil lewat pun pengguna yang kena caj, TNB baca bil lewat pun pengguna juga kena caj ? Adil ke macam ni ?
Lagipun setiap pengguna mempunyai deposit berjumlah RM210.00 yang dipegang oleh TNB, namun TNB tak pernah pula memberikan pulangan faedah hasil dari pelaburan yang dibuat oleh TNB kepada pengguna yang tak pernah tertunggak, kalau deposit RM210 tu diletakkan dalam ASB pun dah beranak pinak dah, sekurang-kurangnya boleh cover caj penalti yang dikenakan bagi bil yang tertunggak.

Untuk makluman pembaca, bil yang dikatakan bawah 20 hengget tu percuma sebenarnya adalah lawak semata-mata, penggunaan hanya 91 Kwh sebulan atau 3 Kwh sehari ni tak relevan kepada pengguna biasa, malah rumah kosong yang tidak diduduki dan langsung tak menggunakan elektrik pun tetap kena bayar (Caj minimum bulanan RM 3), alasan TNB ialah sebab tiada penggunaan, minimum mesti guna sekurang-kurangnya 1 Kwh. Adoiiii, kot-kot mana pun dia cari juga jalan nak sedut....

Ada beberapa lagi perkara yang akan dibangkitkan terutamanya membabitkan PENIPUAN TNB kepada pengguna, diharapkan pihak TNB akan menjelaskan setiap perkara ini dengan cermat, sebagai contoh, kalau nak bagi alasan bil dibaca lewat atau tidak datang membaca bil selama 5 bulan berturut-turut disebabkan masalah yang bersifat 'MUNGKIN' seperti banjir, berpagar, anjing garang dsbnya, persoalan balas kepada alasan itu ialah kenapa BIL AIR boleh sampai seperti biasa ? Kalau banjir adakah pembaca meter air naik sampan, lompat pagar, ada kayu tas ?

Selepas ini saya akan turut sertakan rakaman perbualan antara saya dan pihak TNB yaitu Pn Amira. Kepada pembaca yang turut ada masalah dengan TNB boleh kongsikan masalah anda menerusi email gelombangkick@gmail.com . Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. maroh molek gu lawan... sabar nnt Ibdil kumpul sukarelawan utk jwb ni. kaakakkakaka

    ReplyDelete
  2. Aaku amat setuju dgn artikel ini. Sudah lama TNB tipu kita dengan konsep accumulation usage.. supaya mreka boleh caj kan pengguna pada kadar lebih tinggi hasil dari 'pengumpulan' kilowattjam unit. Jika mereka baca meter spt dulu-25 hinggo 30 hari, jumlah KWh terkumpul adalah lbh rendah jadi hanya caj tarif pertama dan kedua shj yg akan didarabkan dgn jumlah KWH.. tp bila TNB sengaja lambatkan bacaan meter, pengguna diperas dgn meletakkan tarif ke 3 atau lebih tinggi dlm kiraan, sedangkan sptutnya bacaan tarif perlu di reset semula selepas 30 hari, supaya pendaraban hanya bermula pd tarif pertama (yg paling murah).

    Cukup JAHAT TNB dgn sistem rompakkan ala moden ini. Aku sanggup join Perhimpunan Pakatan Haram jika isu mcm ini yg mereka lawan... BN semakin cari pasal-najib sengaja nk lingkupkan BN sseteolah kepercayaan diberikan pd PRU13!!!

    ReplyDelete
  3. Takpe bro, nanti ujung tahun kita boleh gandakan lagi bonus untuk staf TNB. Kan bagus tu. Banyak untung, banyaklah bonusnya kan.

    Bro, aku pun tak puas hati ngan TNB. Aku ni msh bujang n dok sorang2 je kat rumah sewa. Aku jarang tengok tv. Aku pasang lampu ngan kipas belah malam jer. Mesin basuh aku pakai sekali seminggu. Cuma peti sejuk je pakai 24 jam. Itu pun bil dah cecah RM30. Aku rasa mustahil nak dapat subsidi RM20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius la..kami duduk berdua, tiada aircond la tapi, peti ais 24jam, alhamdullillah dah 2tahun tak pernah bayar bil tnb, sbb bawah rm20, dulu kena bayar sbb sewa ramai2

      Delete
  4. Aku pun tak puas hati ngan tnb penipu ni. Rumah aku baru beli, takde org duduk, tiap bulan 0 kwh, kena jugak bayor rm2.90. Celaka betul. Kata bwh rm20 free. Penipu betul. Aku haramkan duit aku dunia akhirat! Kalo ikut logik akal, 0 kwh kira rm 0 je la. Air selangor jugak sempoi, 0 pakai 0 bayo. 0 tetap 0.

    ReplyDelete
  5. kah2 bodoh x boleh ajar

    ReplyDelete
  6. Memang benar TNB penipu dan menzalimi pengguna.KWTTB yang diambil dari setiap pengguna TNB,duit tu digunakan untuk membayar kepada pembekal tenaga solar yang membekalkan tenaga solar kepada TNB.Sekarang ni... TNB menggunakan bacaan anggaran yang dijanakan oleh komputer kepada pengguna dengan alasan sistem sedang diupgrade. Itu taktik kotor yang digunakan oleh TNB. Bila tiba bacaan sebenar nanti bacaan sebenar terkini akan ditolak dengan bacaan sebenar terdahulu.TNB akan dapat untung gila hasil dari taktik jahat ini. Saya salah seorang pengguna yang jadi mangsa tnb. 3 bulan bil elektriknya RM1080, langsung tak logik akal, mengadu pun tak ada perubahan pada bil.Akibat dari bacaan anggaran.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...