Babi Dalam Coklat Cadbury Satu Konspirasi, Jawatankuasa Khas Ditubuhkan ?

Isu DNA babi ditemui dalam coklat Cadbury !!! Bilamana ada yang syok mengatakan JAKIM sebagai agensi yang menjaga kepentingan agama Islam yang boleh dipercayai dan mesti dihormati, ia tidak ubah sebagaimana sangkaan songsang bahawa PAS atau Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti yang benar-benar berpaksi kepada ajaran Islam dan menentang PAS umpama menentang Islam. 

Hormat tak hormat, Islam tak Islam bukan dinilai kepada namanya, tapi dinilai kepada tindak tanduknya, seperti isu penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury, sesetengah pihak mempertikaikan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana membocorkan hasil ujian penemuan DNA babi keatas  dua produk Cadbury sehingga ia mendatangkan keresahan kepada masyarakat.

Jika alasan boleh mendatangkan keresahan kepada masyarakat ini digunakan bagi SPRM melindungi perasuah, maka hancurlah negara...Seolah-olah pengumuman oleh KKM itu adalah satu kesalahan, sebaliknya KKM dikehendaki menyembunyikan hal itu dan berbincang dengan taiko besar JAKIM berapa RM nak 'cowtim'.

Apa masalahnya sekarang ? 
Masalahnya ialah JAKIM gagal menangani secara bijak isu penemuan DNA babi ini sehingga menimbulkan rasa was-was dikalangan umat Islam terhadap kesemua produk berlogo HALAL yang diluluskan oleh JAKIM, JAKIM dilihat awal-awal lagi bersikap menyebelahi Cadbury dan menyalahkan KKM sekaligus menimbulkan rasa was-was atau kurang yakin rakyat terhadap JAKIM sebagai badan yang bertanggungjawab mengenai perkara tersebut.

Seterusnya menyalahkan individu atau pihak KKM yang membocorkan hasil ujian adalah kebodohan melampau pihak JAKIM. Darisegi politik ia seolah-olah membenarkan tohmahan pembangkang iaitu 'orang yang lapor dipenjara atau diambil tindakkan, orang yang rasuah dibiarkan bermaharajalela'.

Sepatutnya sesama agensi kerajaan perlu memperlihatkan ketelusan antara satu sama lain dan tidak sekali-kali 'nampak' berkompromi atau menyalahkan sesama sendiri didalam apa jua isu yang timbul dan ditimbulkan.

Penubuhan Jawatankuasa Khas bukti ketelusan JAKIM
Contohnya, bila KKM mengumumkan mengenai penemuan DNA babi didalam produk Cadbury, pihak JAKIM perlu menerima secara terbuka dan serta merta memperlihatkan kesungguhan dan ketelusan dengan mewujudkan jawatankuasa khas atau suruhanjaya diraja dalam menyiasat hal itu. Disinilah perlunya kebijaksanaan Menteri bukannya asyik duk 'follow' benda yang sudah sediaada dan kelam kabut bila datang benda baru.

Dengan itu, rakyat takkan menyalahkan JAKIM. Bila melihat kepada sikap pihak JAKIM yang telus dan tidak melindungi Cadbury, rakyat akan fikir JAKIM benar-benar telus, cuma kemungkinan masa pihak JAKIM pergi cek produk Cadbury, ketika itu Cadbury sudah standby dan bagi sample produk yang tidak ada babi. Bila JAKIM uji takder babi maka JAKIM luluskan logo HALAL, takkanlah tiap-tiap hari kerja JAKIM nak pergi cek semua kilang-kilang makanan ni, mustahil, so takder sebab rakyat akan menyalahkan JAKIM.

Menangani konspirasi 'teori ketum'
Menangani isu seperti ini supaya tidak menimbulkan prasangka dikalangan masyarakat yang gemar ber'teori', seharusnya dilantik jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pihak JAKIM, KKM serta wakil bebas dikalangan pemimpin NGO dan mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengannya.

Dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, segala konspirasi 'teori ketum' dapat dileraikan termasuklah dakwaan yang mengatakan produk yang dianalisa tidak diambil secara rawak sebaliknya dihantar oleh pihak tertentu yang kononnya mempunyai agenda tertentu kemudian didedahkan oleh orang tertentu...Konspirasi...??? Sabotaj....???

Tidak kurang juga dakwaan yang mengaitkan produk yang dianalisa mengandungi porcine babi adalah produk dari Israel yang dibalut dengan pembalut produk Cadbury Malaysia ? Serta peralatan menganalisa yang digunakan oleh KKM tercemar dengan DNA babi ? Teori-teori ini jika ada yang ter'makan' ia hanya menampakkan kebodohan KKM yaitu kementerian sama yang turut berada dibawah pentadbiran kerajaan BN.

Tapi jika jawatankuasa khas dibentuk, mereka secara bebas boleh menyiasat sample yang diambil oleh KKM dan mengambil sample lain secara rawak dan sekali lagi ianya diuji. Senang jer apa nak susah kalau JAKIM benar-benar telus mulus menjaga kepentingan Islam. Apapun keputusan hasil ujian tersebut masyarakat akan menerima ia secara rela dan menyakinkan kerana melihat semua pihak bersikap terbuka dan berani.

Apapun 'teori' ianya tetap tidak terbukti sebelum ia dibuktikan oleh badan bebas seperti jawatankuasa khas, isu ini sememangnya memerlukan penubuhan jawatankuasa khas, jangan biarkan kepercayaan rakyat ternoda, jika rakyat sudah berfikir kalau babi dalam coklat ni pun agensi kerajaan BN boleh main-main, macammana dengan produk-produk lain yang turut berlogo HALAL. Apa lagi yang boleh diharapkan ?....

Dosa tutup aurat dan Zina
Soal sikap masyarakat yang terlalu sensitif dengan isu babi tetapi tidak pula kepada perkara haram lain itu hak mereka yang tak perlu nak dipertikaikan, terpulang kepada masing-masing, tidak semestinya bila kita lakukan dosa kita tidak perlu sensitif bagi menambahkan dosa, contohnya jikapun seseorang wanita itu melakukan dosa apabila tidak menutup aurat, tidak bermakna ia tidak perlu sensitif untuk menambahkan dosa be'romen' atau berzina.

Jangan ingat bila wanita tidak takutkan dosa tidak menutup aurat maka ia juga tidak takut atau tidak perlu takut kepada dosa berzina, dua perkara berbeza yang memerlukan penilaian berbeza dari mereka yang berbeza-beza. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. Dalam JAKIM mau tau.. 99% percent ostad-ostazah dlm tu ialah pencinta dan pendokong parti PAS laknatullah. Cuba dengar radio IKIM.fm macam mana ostad2 haramjadah PAS ni kerja duk bantai org lain jer mcm lah mereka maksum. Salah sekor ostad haram PAS yg lantang masa jd DJ kutuk Krjn ialah Zamri Zainal Abidin.. pagi2 je dia dh buat topik hasut dan ajak pendengar benci Krjn dgn sindiran dan macam2.

    Sama juga dgn ostad2 lain yg menyertai slot2 radion IKIM kelolaan JAKIM ini. Mereka ini angkuh ego seolah maksum dan ilmu Agama ini macam milik mereka. Sama juga dlm kes halal CAdbury, JAKIM dgn pengarahnya yang angkuh serta pegawai2 ostad pro PAS laknat ini tek henti2 menyalah KKM. KKM sepatutnya diterima kasih. sekurang2nya mungkin membongkar wujud penipuan atau pencemaran babi sehingga menjejaskan kehalalan Cadbury tu yg JAKIM bodoh sombong tu tak tahu.

    Ostad2 JAKIM mereka lagak dlm ilmu Feqh mereka, berasa kuasa besar utk menghalalkan suatu produk tp mereka lupa ilmu mereka juga cetek dalam bab sains dan kimia. Mereka JAKIM menuduh bukan-bukan pada kerja KKM yg memang itu bidang mereka-sampling dan lab test. JAKIM buat apa? setakat buh kopiah ata skepala cakap pandai ortg itu tak betul org ini tak betul..

    bila kena batang hidung mereka.. SOP Halal yg kelam kabut, lepas tu bangganya cakap 'kami dah ambil sampel TERUS dari kilang'.. bertambah mempamerkan kebodohan mereka.. sejak bila pulak kita beli coklat cadbury di kilang? kita beli di kedai atau pasaraya-dlm pasaran.

    Apa yg KKM buat tu lebih tepat kerana ambil sampel di tempat yang mana pengguna akhir akan beli. Bodohnya JAKIM bila mereka bodoh tetapi mahu salahkan orang lain.

    Inilah resam ostad2 yg 99% adalah berfikrah PAS wpun bergaji pegawai tinggi dlm Kerajaan. Ini rasuah itu rasuah entah mereka yg dikelining dengan rasuah terutama dlm soal sijil halal ini mel;ibatkan implikasi untung dan wang.

    JAKIM wajib dipersalahkan dulu bukan KKM atau pegawai makmal yang jd kambing hitam. Dia telah buat tgjawb sbg Muslim mendedahkan maklumat itu munkin setelah sekian lama di perap oleh orang atasan. JAKIM metsi disiasat dan diaudit. Apakah mereka ostad dan pegawai JAKIM telah rasa seperti maksoom?? tak buat silap?

    terjah dulu JAKIM sbb mreka diberi kuasa untuk letak sijil halal. Jika salah SOP dan cara mereka.. terainayalah UMAT ISLAM!

    ReplyDelete
  2. Dalam JAKIM mau tau.. 99% percent ostad-ostazah dlm tu ialah pencinta dan pendokong parti PAS laknatullah. Cuba dengar radio IKIM.fm macam mana ostad2 haramjadah PAS ni kerja duk bantai org lain jer mcm lah mereka maksum. Salah sekor ostad haram PAS yg lantang masa jd DJ kutuk Krjn ialah Zamri Zainal Abidin.. pagi2 je dia dh buat topik hasut dan ajak pendengar benci Krjn dgn sindiran dan macam2.

    Sama juga dgn ostad2 lain yg menyertai slot2 radion IKIM kelolaan JAKIM ini. Mereka ini angkuh ego seolah maksum dan ilmu Agama ini macam milik mereka. Sama juga dlm kes halal CAdbury, JAKIM dgn pengarahnya yang angkuh serta pegawai2 ostad pro PAS laknat ini tek henti2 menyalah KKM. KKM sepatutnya diterima kasih. sekurang2nya mungkin membongkar wujud penipuan atau pencemaran babi sehingga menjejaskan kehalalan Cadbury tu yg JAKIM bodoh sombong tu tak tahu.

    Ostad2 JAKIM mereka lagak dlm ilmu Feqh mereka, berasa kuasa besar utk menghalalkan suatu produk tp mereka lupa ilmu mereka juga cetek dalam bab sains dan kimia. Mereka JAKIM menuduh bukan-bukan pada kerja KKM yg memang itu bidang mereka-sampling dan lab test. JAKIM buat apa? setakat buh kopiah ata skepala cakap pandai ortg itu tak betul org ini tak betul..

    bila kena batang hidung mereka.. SOP Halal yg kelam kabut, lepas tu bangganya cakap 'kami dah ambil sampel TERUS dari kilang'.. bertambah mempamerkan kebodohan mereka.. sejak bila pulak kita beli coklat cadbury di kilang? kita beli di kedai atau pasaraya-dlm pasaran.

    Apa yg KKM buat tu lebih tepat kerana ambil sampel di tempat yang mana pengguna akhir akan beli. Bodohnya JAKIM bila mereka bodoh tetapi mahu salahkan orang lain.

    Inilah resam ostad2 yg 99% adalah berfikrah PAS wpun bergaji pegawai tinggi dlm Kerajaan. Ini rasuah itu rasuah entah mereka yg dikelining dengan rasuah terutama dlm soal sijil halal ini mel;ibatkan implikasi untung dan wang.

    JAKIM wajib dipersalahkan dulu bukan KKM atau pegawai makmal yang jd kambing hitam. Dia telah buat tgjawb sbg Muslim mendedahkan maklumat itu munkin setelah sekian lama di perap oleh orang atasan. JAKIM metsi disiasat dan diaudit. Apakah mereka ostad dan pegawai JAKIM telah rasa seperti maksoom?? tak buat silap?

    terjah dulu JAKIM sbb mreka diberi kuasa untuk letak sijil halal. Jika salah SOP dan cara mereka.. terainayalah UMAT ISLAM!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...