Perogol Bersiri Dengan 20 Kes Rogol Di Kelantan Dipenjara 73 Tahun Dan 47 Sebatan

KOTA BHARU - Seorang duda mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menceroboh masuk ke rumah seorang jurujual pasar raya di Jalan Langgar, di sini, tiga tahun lalu.

Tertuduh juga adalah lelaki sama yang pernah dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cabul di negeri ini.

Amran Che Jaafar, 32, dari Bachok didakwa melakukan pencerobohan dengan masuk ke dalam rumah yang disewa Rosnani Ngah, 26, di Jalan Langgar, di sini, pada jam 8.20 pagi, 13 Mei 2011.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Majistret, Nik Habri Muhamad menetapkan 9 Julai depan sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 73 tahun dan 47 sebatan bagi pelbagai kesalahan termasuk rogol, cabul, rompak, pecah rumah dan menikam paha gadis yang gagal dirogolnya.

Amran digelar perogol bersiri kerana dipercayai terlibat lebih 20 kes rogol di negeri ini dan berjaya ditahan polis ketika cuba menodai seorang wanita di sebuah asrama di sini serta dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 14 Disember 2011. - Sinar Harian
Berbaloikah 73 tahun dipenjara dan disulami 47 sebatan dek kerana nafsu 'benih kurma'...? Jadi, sebelum menjadi perogol fikir-fikirkanlah...
Jika benih yang ditanam 'Tok Guru' berkat, macammana pula kalau benih yang ditanam perogol melekat ?...
Didalam keghairahan rakyat Kelantan menikmati fenomena pokok kurma yang sedang berbuah di bandar Kota Bharu dan mengaitkannya sebagai petanda berkat pemerintahan 'Tok Guru', jangan dilupa untuk turut mengaitkan keberkatan itu dengan satu-satunya kes rogol beramai-ramai yang pernah berlaku dan menggemparkan dunia yang sudah lama bertamadun ini. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Tok guru yg tanam? Eh, MBKB kata pegawai mereka ug tanam. Oooo..staf MBKB tumpang nama tok guru... faham la.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...