TUMPAT – Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mempersoalkan tujuan Barisan Nasional (BN) berjanji membina masjid besar di negeri ini jika parti itu menang di Kelantan sedangkan aktiviti ilmu di masjid disekat.
Menurutnya, tidak perlu dibina masjid besar kalau aktiviti ilmu disekat kerana orang Umno ini suka menyekat program ilmu yang dihadiri oleh ramai rakyat.
“Buat gapo (untuk apa) ada masjid besar di negeri ini, biar penuh dulu masjid yang mana ada ini.
“Umno cuba masuk dalam masjid tetapi tugasnya sekat aktiviti di masjid terutamanya yang boleh memberi ilmu kepada masyarakat, yang dihadiri ramai rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi berkata demikian pada majlis penyampaian beras Al-It’am dan penyampaian Skim Gerbang Az–Ziwaaj sagu hati khas bagi merealisasikan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dan input pertanian di bangunan Purnamadi Kampung Belukar, di sini, kelmarin.
Membina masjid besar di negeri ini antara tujuh janji yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) akan datang.
Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Che Abdullah juga mengingatkan rakyat Kelantan supaya menjaga negeri ini supaya tidak dirampas oleh BN agar judi tidak dibawa masuk ke negeri ini.
YB bodoh bicaranya memang sebegitu, ibaratnya tak boleh bina masjid sebelum masjid itu dipenuhi jemaah, bukankah bengong YB macam ni, kalau bina Tokong disokong pula, bahkan peruntukkan pun diberikan, kalau kepentingan bukan Islam disokong dan dibantu, manakala kepentingan Islam dikutuk dan dinafikan, apakah YB ni orang Islam dan berjuang untuk Islam ? Anda Mampu Mengubahnya.
Apakah YB Pas ini bimbang masjid besar yang hendak dibina itu menenggelamkan Tokong besar yang berada di Kelantan.Sepatutnya dia bangga, sebagai negeri Islam masjid besar yang akan dibina itu sebagai simbol Islam.