ANWAR IBRAHIM LEBIH BERNILAI DARI 1.6 JUTA RAKYAT KELANTAN

"Hormatnya you sampai tunduk macamtu sekali"
Apakah Anwar seorang lebih berharga dari 1.6 juta rakyat Kelantan ? Isu royalti minyak kepada Kelantan seringkali dibangkitkan menjadi bahan politik untuk meraih simpati rakyat terhadap penindasan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan.

Ramai golongan cerdik pandai terutamanya yang berasal dari Kelantan terperangkap dengan isu ini, perlu disedari ini hanyalah tuntutan kepada permainan politik semata-mata dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat melalui tuntutan tersebut.


Bermacam pandangan karut marut telah diberikan dalam usaha menuntut royalti minyak daripada kerajaan persekutuan, dalam isu ini Pas akan mendapat manfaat dalam apa jua keputusan, Namun pernah GK cadangkan kepada Kerajaan Kelantan mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan royalti tersebut sekiranya perjuangan Pas adalah ikhlas untuk rakyat.

Mirip cadangan tersebut hanya terpakai dalam Perhimpunan 901sehingga bebasnya Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat keatasnya. Jika Pas ikhlas, kenapa tidak diadakan satu perhimpunan secara besar-besaran bagi mendesak kerajaan pusat menyerahkan royalti kepada Kelantan.

Tapi kerajaan Barisan Nasional diperingkat pusat lebih matang dan teliti dalam sesuatu isu, pembebasan Anwar Ibrahim sudah menjejaskan undi simpati terhadap pembangkang, lebih bergaya sekiranya Kerajaan Pusat bagi royalti kepada Kelantan (Bukan kepada Kerajaan Kelantan) dibawah penyeliaan satu jawatankuasa baru untuk memastikan wang tersebut digunakan dengan cara yang betul. Tindakan tersebut pasti akan mengjahanamkan Pas dan Pakatan Rakyat.


Dulu GK cadangkan pada setiap hari sabtu seluruh rakyat Kelantan memakai baju khas dalam membuat tuntutan royalti, baju tersebut diberi percuma kepada seluruh rakyat atau dijual dengan harga modal sahaja. Dengan menunjukkan kesepakatan rakyat dalam menuntut hak mereka, maka pada hari minggu seluruh rakyat akan memakai baju tersebut .

Bila tuntutan ini dibawa ke mahkamah, seluruh rakyat Kelantan dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun sepertimana Perhimpunan 901. Jika kerana seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim boleh diadakan Perhimpunan, inikan pula perhimpunan untuk kepentingan 1.6 juta rakyat Kelantan. Kenapa ia tidak diadakan. Inilah yang menunjukkan TUNTUTAN ROYALTI tersebut bukan untuk RAKYAT tapi untuk kepentingan politik PAS semata-mata.

Jika Mahkamah boleh berlaku adil kepada Anwar Ibrahim adakah Pas berasa sangsi untuk Mahkamah berlaku adil kepada seluruh rakyat Kelantan ? Jika yakin dan percaya royalti itu hak kita dan yakin juga Mahkamah berlaku adil, masakan lagi mahu bercakap mengenai royalti sebelum keputusan mahkamah.

Janganlah jadi manusia yang hipokrit, bila sesuatu kes itu berpihak kepada kita, dikatakan mahkamah itu adil, bila tidak berpihak dikatakan zalim. Apa guna ada mahkamah kalau macam tu. Ayuh ini bukan zaman batu. Janganlah kebudak-budakan lagi. Anda mampu mengubahnya..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...