GENG UMNO tumPAS BONGKAR TAK1YUDIN AGAH, PAKAI BMW NYAPUH SAMPAH MALAS

Gambar Ihsan Dari 'Khabar Kota Bharu'
GK ingin menyentuh sedikit mengenai tahap kebersihan yang ada didalam bandar Kota Bharu Bandaraya Islam, GK pun tidak tahu siapa yang mengiktiraf bandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam, Jika terus menggunakan Islam diatas kepentingan politik ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan.

Didalam sektor pembuatan sekalipun ianya mempunyai Quality Control bagi menjamin barang yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat mempunyai kualiti yang telah ditetapkan, Ianya perlu bagi menjaga nama baik syarikat yang mungkin akan terjejas sekiranya barang yang dikeluarkan itu mudah rosak dan sebagainya,

Aspek KEBERSIHAN adalah sangat diutamakan kerana ia merupakan ciri keperibadian seseorang. Kebersihan juga adalah separuh daripada Iman .Kebersihan adalah tuntutan didalam Islam. Kesihatan yang baik juga bermula dari menjaga kebersihan.

Keamanan dan keselesaan berkait rapat dengan kebersihan. Pastikan semua surau ditempat awam seperti shopping complex, Station minyak, Hospital dan seumpamanya diberi perhatian yang sewajarnya. Begitu juga dengan Tandas-tandas awam  perlu diselenggara dengan baik bagi memastikan tahap kebersihannya selesa digunakan oleh semua masyarakat.


Demi menyelamatkan Islam dari disalah tafsir oleh masyarakat, eloklah bermulanya kebersihan itu dengan ibu negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah iaitu Kota Bharu Bandaraya Islam. 
 
Laksanakan ia di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM supaya dapat dijadikan role model bagi daerah-daerah lain. Jika inipun gagal dibuat oleh kerajaan PAS, bagaimana PAS nak laksanakan Hukum Hudud ni,

Apakah untuk mewujudkan sebuah bandar yang bersih memerlukan kelulusan dari Kerajaan pusat? Minta Kerajaan PAS BUANG slogan BANDARAYA ISLAM atau buang  EXCO yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal bandar. Jangan memalukan umat ISLAM seluruh dunia dengan slogan tersebut. 

Ciri-ciri Bandaraya Islam masih jauh lagi. Siapa yang mengiktiraf KOTA BHARU sebagai Bandaraya ISLAM. Adakah butir matanya pecoh? Terus terang dan GK berpendirian tegas. Ini soal AGAMA. Tak kira siapapun ia jangan guna Agama Allah dan meletakkan ia tidak kena pada tempatnya demi kepentingan sendiri.

 Apa yang telah PAS bangunkan di Negeri Kelantan? Masjid ,Sekolah, Jalanraya, Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik, Jalanraya, Jambatan, dsb adalah Kerajaan Pusat yang bangunkan dan ianya selari dengan tanggungjawab Kerajaan Pusat. 

Jika semua itu dibangunkan oleh Kerajaan Pusat, Maka pemerintahan PAS selama 20 tahun adalah sangat-sangat gagal dan hanya berjaya dengan tohmahan dan pembohongan.
Siapa yang akan menentang PAS jika pimpinannya ingin menjadikan Kelantan amnya dan Kota Bharu khasnya sebuah Bandaraya Bersih berkonsepkan Islamik yang bertaraf antarabangsa. Apa yang menyekat PAS dari menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya yang benar-benar bersih, kerana ianya juga adalah perkara yang dituntut didalam Islam. Atau pada kacamata Pemimpin PAS Kota Bharu sudah benar bersih?

GK rasa kalau benar perjuangan PAS ni nak pada Islam dah lama dah pemimpin PAS ni buat. Tapi disebabkan Umno-BN tiada niat dan tidak pernah menghalangnya dari melaksanakan Tuntutan Islam ini maka ianya tidak dipedulikan kerana tiada keuntungan kepada Politik sempit mereka.

 Kerajaan Islam jangan hanya berbangga dengan pencapaian yang tidak mendatangkan untung kepada rakyat. Atau dengan kata lain pencapaian yang tidak boleh memberi manfaat kepada RAKYAT.
Papan iklan bertulisan jawi tidak cukup untuk menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya Islam. Jangan syok sendirilah wahai exco yang berkerajaan Islam. Tesco, Mc' Donalds, menggunakan signboard tulisan JAWI.

Dari satu sudut ianya baik, Dari satu sudut yang lain apakah manfaatnya kepada rakyat? Apa boleh pergi makan ayam free di MC' D? Atau boleh ambil free, barang dekat TESCO? Syarikat Telekomunikasi, Syampu dsb juga menggunakan signboard tulisan JAWI. Apa dengan itu boleh menjadikan Kota Bharu adalah bandaraya Islam?

 Kalau model iklan Syarikat Syampu pakai tudung, itu tidak menjadikan Rakyat tidak berkelemumur.
Tapi kalau Pemimpin(Yang setiap hari berbusuk mulut memperjuangkan Islam) menjadi MODEL yang BERIMAN ia pasti akan menjadikan rakyatnya juga akan beriman.

Kalau ketam berjalan cara ketam. Tak mungkin ketam boleh ajar anaknya berjalan macam bangau. Kalau pemimpin suka memaki hamun, berburuk sangka, suka mengkafirkan, memurtadkan, beralasan, menggunakan ISLAM sebagai modal untuk cari makan yang tidak kena pada tempatnya, Tak mungkin Pemimpin boleh memimpin rakyatnya supaya tidak menjadi dari yang sedemikian.

Exco yang bernama TAK1 ini seorang yang dikategorikan 'agah' dan mempunyai banyak masalah yang berkaitan moral dan petikannya begini :
"Semasa berada di meja bersama kami TAK1 dihujani oleh soalan soalan panas dari ahli ahli UT seperti Mustafa Ahmad, Topeng Perak Unmask 11 ,Basheer Zain ,Yie Bulan Penuh , Ayie Prop, DK Bro ,MekongMazlan Galok ,Saleh Daud dan lain lain lagi .Diantara isu isu yang dibangkitkan oleh pihak kami adalah isu kebersihan dan pengurusan sampah oleh MPKB ,Isu Disco di Kota Bharu ,Isu BMW TAK1, isu KFC serta isu AGAH yang dilabelkan keatas TAK1 Ceritanya dari blogger PAS sendiri KLIK SINI

Percayalah bahawa tidak susah pun nak jadikan sebuah bandar itu bersih sekiranya Pemimpin ikhlas dan pandai mentadbir mengikut kehendak Islam. GK fikir sebahagian dari caranya ialah:

(Utama.) Buang Exco 'agah' Ganti dengan Cikgu Rahim

1.) Memulakan kempen kebersihan di sekolah. Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya kebersihan dan bagaimana cara untuk menjaga kebersihan.

2.) Melancarkan kempen mengenai tanggungjawab umat Islam mengenai Kebersihan. Hukumkan orang yang tidak menjaga kebersihan sepertimana menghukumkan orang yang menolak Islam. Kerana Kebersihan separuh daripada Iman.

3.) Mengeluarkan perintah/memo TEGAS kepada semua peniaga yang berkaitan Awam supaya menjaga Tandas Awam mereka dan surau supaya ianya senantiasa bersih pada tahap TERBAIK.

4.) Jadikan surau atau tandas awam Kerajaan Negeri sebagai model contoh untuk dilihat dan diikut oleh mereka yang terlibat.

5.) Sistem rangkaian Sms seperti DAPAT/Rakan Cop diwujudkan bagi menerima laporan awam akan masalah kebersihan yang diadukan serta tindakan dari kerajaan dalam masa 30 minit.Disini akan menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam menanganinya.

6.) Kenali kawasan hitam yang sering menjadi tempat pembuangan sampah di luar tong sampah,Intip,tahan dan dakwa orang yang berkaitan serta masyarakat harus mencela perbuatan tersebut dengan sekeji-kejinya setelah kesedaran mengenai kebersihan difahamkan keseluruh pelusuk kawasan.

7.) Meletakkan syarat khas yang utama pada lesen perniagaan tentang kebersihan sepertimana syarat penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan/sign board di premis perniagaan.

8.) Mengadakan gotong royong pada hujung minggu bagi membersihkan tempat awam seperti taman,kubur dan sebagainya.

9.) Mengenakan denda kepada pemilik tanah terbiar dikawasan bandar dan mengupah pekerja untuk membersihkannya.

10.) Pihak Berkuasa Tempatan perlu Mewujudkan/bekerjasama dengan Persatuan Sukarela Alam Sekitar yang sediada bagi membersih dan memantau sungai-sungai,Tali air ,Paya dan seumpamanya supaya ia terus dilindungi dari pencemaran.

11.) Sentiasa meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dan memberi info terkini akan keadaan kawasan,memuji serta menegur jika tahap kebersihan belum memuaskan.

12.) Vandalisme diletakkan sebagai Pengkhianat Agama,bangsa dan negara.memberi kesedaran Dimana tempatnya golongan pengkhianat ini di akhirat nanti.Kerana melakukan kerosakan harta awam yang boleh menyebabkan keberlakuan kesusahan,tragedi,kerugian dan sebagainya.Tangkap,Denda dan jika perlu gubal undang-undang untuk sebat pesalah ini dengan kekuatan sebatan mengikut tahap umur otaknya.

13.) Wakil dari PBT mesti turun padang meninjau dan berbincang dengan penduduk bagi perkara yang memberi halangan kepada kebersihan seperti tiada tong sampah atau kekerapan lori sampah mengangkut.

14.) Pastikan kenderaan/lori yang mengangkut sampah diselenggara dengan baik.Perkara yang ambo pelik mengenai lori sampah adalah air sampah dari lori yang bercucuran diatas jalan serta mengeluarkan bau yang sangat harum lagi jijik.Tok Guru pun tak pandai pilih EXCO ke? Buat solat Istikharah dulu Tok Guru nak pilih Exco tu.Lantik Exco yang matanya tidak buta dan hidung,telinga serta mulutnya berfungsi dengan sempurna..

15.) Berdoa kepada Allah dan mengharapkan hanya kepada Allah.

6 comments:

  1. mari kita pakat timbok!!!

    ReplyDelete
  2. apa2pun mesti ada kaitan dgn umno dulu baru jalan. untuk menjadikan kota bharu bandaraya bersih, umno mesti mintak supaya rakyat sepah2kan sampah. umno mintak supaya budaya kotor menjadi budaya rakyat kelantan. pas tentu akan buat sesuatu yg berlawanan dgn umno. amacam, bagus tak idea tu...
    ..entah apalah yg boleh dijadikan indikator kota bharu bandaraya Islam. kebersihannya kah? amalan ugama rakyatnya kah? budaya ilmunya kah? sikap penduduknya kah? ciri2 keselamatanya kah? setakat tulisan jawi jelah. kotor itu bukan budaya Islam. org mbkb tak pernah rasa malu kah?

    ReplyDelete
  3. salam tuan, mohon linkkan blog saya di sini, terima kasih - http://braveheart-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wakil rakyat tak reti buat kerja, dah beberapa pengal pegang DUN Bunut Payong. Kerja hanya menipu rakay, yang reti bebini ramai...jawablah dengan Tuhan yang maha esa

    ReplyDelete
  5. bunut Payong daripada tidak kena cukai pintu, kerajaan PAS masuk terus kena bayar. Kalau ikutkan dari segi kemudahan tidak ada, itu pun bantuan daripada JPP dari lampu jalan sampai sistem perparitan. Cukai dah dibayar sejak PAS memerintah, tapi kemudahan kutipan smapah dan lain-lain perkhidmatan tidak ada. Ingat orang kampung Bunut Payong dah ramai yang prosesional ada anak2 yang dah jadi Doktor, Peguan, Pegawai Tinggi Kerajaan...Sila Jawab wahai YB Takiyuddin yang dah menjadi buah mulut orang PAS kahwin ramai...

    ReplyDelete
  6. YB mental disorder...TAK 11

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...