Pembukaan Tahun baru 2012 di Kelantan cukup menarik apabila satu perhimpunan aman secara mengejut telah dicetuskan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), PERKASA serta beberapa NGO lain yang diadakan di perkarangan SUK Kerajaan Negeri Kelantan dan menghimpunkan hampir 500 orang untuk menyerahkan satu memorandum bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya menyelesaikan masalah air yang tidak selesai selama lebih 20 tahun memerintah.
Perhimpunan dijadualkan pada pukul 2.30 petang, GK hanya mendapat maklumat mengenainya setelah melayari facebook pada pukul 1.30 petang hari yang sama dan terus bergegas untuk menyertainya atas dasar semangat seorang anak jantan yang berbatu dua.
Perhimpunan ini jika dirancang terlebih awal untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat, GK yakin lebih ramai lagi yang akan turun sertainya. Ia bagi memberi mesej kepada Kerajaan Negeri supaya jangan diambil mudah dalam menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan. Ini soal kesihatan dan kemudahan asas yang wajib disempurnakan terlebih dahulu.
Kalau pemimpin Pas mungkin tidak menjadi masalah jika air di Kelantan ini kering kontang atau kotor sekalipun. Anta semua boleh guna air zam-zam buat mandi dan sebagainya. Sebab anta kaya raya. Bagi rakyat yang susah ni pakai air kerajaan pun ramai yang kena potong. Sebab apa kena potong? Sebab susah tak cukup duit nak bayarlah.
Mesej utama yang GK nak bawa pada artikel ini ialah, ada atau tidak kesediaan Umno Kelantan dalam menganjurkan perhimpunan aman seperti ini. Biarpun perhimpunan aman ini bersifat untuk mendesak kerajaan untuk tangani masalah air dan bukannya bermotifkan politik dengan tujuan untuk melumpuhkan atau mengguling kerajaan Kelantan. Ianya cukup jelas dalam memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri Kelantan akan kebangkitan rakyat sekiranya masalah ini masih berterusan.
Dimana kehebatan dan kekuatan Umno Kelantan yang terpimpin dibawah Datuk Mustapa Mohamad ? Adakah sedang lena tidur bermimpikan projek-projek mega yang sukar untuk bangkit dengan keasyikannya. Bangkitlah sebelum igauan ngeri muncul berpaksi.
Usah angkuh berbicara pasal strategi sendiri, keangkuhan itu telah dibayar dengan bermaharajalelanya Pas di Kelantan sudah lebih 20 tahun dan kekuatan PR semakin bertambah dengan kekurangan kerusi BN yang ketara di 5 buah negeri. Adakah Naib Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa yang akan mengukuhkan kekuatan UMNO di Kelantan. Ia hanyalah sebuah mimpi ngeri yang baru bermula untuk menconteng arang dimuka UMNO dan melondehkan segalanya.
Kekuatan sesebuah perhimpunan telah terbukti dengan menumbangkan kerajaan tertua di Mesir, Ia cuba di klon dalam usaha untuk melumpuhkan kerajaan sediaada di Malaysia. Walau situasi berbeza kenapa Umno Kelantan tidak kerap menganjurkannya demi membela nasib rakyat Kelantan dalam usahasama seperti yang telah dilakukan oleh MTRK.
Ia punyai impak yang cukup besar jika diperhebatkan dengan kerjasama semua, semoga Kepimpinan Umno Kelantan mempunyai batu yang cukup untuk menimbangnya. Mengikut wakil MTRK, pihaknya memberi masa dua bulan untuk kerajaan Negeri selesaikan masalah air. Jika tidak selesai, perhimpunan yang lebih besar lagi akan diadakan. 'Ambo Lawe Sokmo'. Anda mampu mengubahnya.
Berita lanjut dan video liputan perhimpunan Klik DISINI
SALAM BRO ... MINTA IZIN COPY ARTIKEL. ARTIKEL SAUDARA MANTAP!
ReplyDeleteMemang terbaik la bro. Yang salah tetap salah. yang betul akan kita perjuangkan. PAS gua benci sampai ke akhir hayat. UMNO gua akan terus jaga.
ReplyDeleteBeres GWM,angkat jer,kita2 xder hal punya.T.kasih juga buat bro TG86.
ReplyDelete