Ingin berkongsi dengan semua mengenai politik yang sedang didalam pembaharuan dan akan mengubah landskap politik tanahair. Didalam kehanyutan kita, tanpa kesedaran dengar mengejar sesuatu yang akan memuaskan hati sendiri kadang-kadang terlupa untuk memperbaiki apa yang telah rosak dan dirosakkan.
Dalam pemerhatian GK seorang bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 adalah seorang yang sangat hebat dan jarang-jarang orang menyebutnya. Jika kena dengan masa yang sesuai dan strategi yang disusun tepat pada sasarannya maka Dato' Husam Musa akan dinobatkan sebagai PM Malaysia yang ke 7, itu pada gambaran GK sekiranya PR berjaya menipu rakyat Malaysia dengan permainan yang licik diatas kelemahan UMNO sendiri.
Pas sangat hebat dengan strategi, sejarah cina,india dsb adalah kamus kepada pemimpin yang bernama Husam, Kelicikannya dibantu oleh rakan-rakan yang mempunyai kehebatan didalam bidang masing-masing.
Pemimpin Umno seringkali terlupa kepada tokoh-tokoh lama dan juga orang yang telah meninggal dunia, pernah satu masa,dan klip video tersebut masih ada dalam simpanan GK,seorang pemimpin Umno berkata " Kita Umno cara ko orang hok hidup, Pas jah cara ko orang yang telah mati". Jika ahli keluarga anda yang meninggal dunia bagaimana yang dapat anda rasakan? Berhati-hatilah dalam berbicara.
Umno mempunyai banyak kelemahan yang akan digunakan sebaik mungkin oleh lawan, Orang lama seperti Hj Syukri ikan linang yang banyak berjasa kepada Umno diabaikan sepi menderita. Sama juga dengan Bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dilihat seakan kecewa disisihkan, Tapi Pas pandai memancing peluang itu.
Jika ada yang melihat Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim pada forum realiti atau ilusi pilihanraya adil yang memang popular dengan watak kekampungannya melayan bekas pengerusi SPR dengan layanan kelas pertama dan layanan tersebut adalah umpan untuk mencairkan hati seorang tokoh veteran, Tokoh tersebut memang lentok apabila diiring sampai ke kereta dan dibuka serta ditutup pintu kereta tokoh tersebut. Kelas puak Pas ni, GK memang respect cara mereka.
Agaknya apalah yang Bekas Pengerusi SPR ini rasakan bila beliau dipinggirkan dan disambut oleh puak pembangkang dengan layanan istimewa itu. Kekecewaan beliau dilihat terubat dengan layanan tersebut. Pada pandangan kasar tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan watak lakonan pemimpin Pas, hanya jauhari yang kenal maknikam, impaknya cukup besar wahai pemimpin Umno.
Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang diatas dan kadangkala dibawah, ketika diatas tunduklah juga dibawah ini, restu orang lama serta sokongannya amat diperlukan. Luakkah wang berjuta seandainya menjenguk seminit mereka yang pernah berjasa. Sedarlah hidup tidak kemana jika diabaikan orang lama.
Tanpa orang lama siapalah kita orang muda, lebih-lebih lagi disaat genting dan pertarungan sengit yang memerlukan sokongan dari pelbagai golongan, jika UMNO mengharapkan kaki projek untuk menjenguk orang-orang lama yang telah berjasa ini maka hancurlah UMNO.
Golongan veteran pada lumrahnya berfikir agak sensitif dan mudah terasa, bila mereka berkecil hati, terutamanya mereka yang banyak memegang rahsia didalam sesebuah institusi, maka akan hancurlah segala apa yang dipendam dan dilalui sepanjang didalam penugasannya.
Jika begitu sampai bila UMNO nak bertahan dengan situasi peminggiran terhadap orang-orang lama ini. Hargailah mereka dengan mengadakan satu perjumpaan secara besar-besaran bagi memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak berjasa ini. Jangan biarkan budaya pencen sokong pembangkang ini berterusan jika benar UMNO ikhlas dalam perjuangan......
HUSAM BAKAL PM MALAYSIA KE 7 JIKA VETERAN UMNO TERUS DIPINGGIRKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(1061)
-
▼
January
(21)
- PAS JUAL TIKET MAULID NABI RM 20 SEKEPALA, YA ALLA...
- Tiga Beradik Malang Jadi Mangsa Pemuas Nafsu
- GENG UMNO tumPAS BONGKAR TAK1YUDIN AGAH, PAKAI BM...
- WAJARKAH NIK AZIZ MELAYANI RAKYAT YANG DITIMPA BE...
- 'POLITIK MESTI BIJAK' KHAS BUAT RAKYAT KELANTAN - ...
- TERKINI !!! NAJIB TIDAK PERNAH SISIHKAN BLOGGERS T...
- 'PASni UMNO' TERUS GEGARKAN SERAMBI MEKAH
- HARGAI TOKONG HARGAI SEJARAH DI NEGERI SERAMBI MEKAH
- MASALAH AIR DI KELANTAN - RAKAMAN LIVE DARI BLOGGER
- PR - PANCING & REHAT, JAMBATAN MAUT ATAU BERKEBAJI...
- ANWAR IBRAHIM LEBIH BERNILAI DARI 1.6 JUTA RAKYAT ...
- HUSAM BAKAL PM MALAYSIA KE 7 JIKA VETERAN UMNO TER...
- NIK AZIZ SAYANGKAN MAHATHIR DAN AKUI TERIMA RM 60...
- TERBARU !!! CERAMAH USTAZ BUDAK ISIM
- 'PASni UMNO' JENTERA BARU YANG MAMPU LEBURKAN PAS ...
- NIK AZIZ TAK SEMPAT NAK BUAT KENDURI SYUKUR
- TOLONG JAWAB YANG MANA SATU !!!
- PEMBERITA TV3 TERSASUL MENJADI DALIL ANWAR PM
- PANAS ! NIK AZIZ SYORKAN PELIWAT BERSIRI 901 BERHI...
- DASYAT !!! DISINI BERMULANYA KEBANGKITAN RAKYAT KE...
- BERKEBAJIKKAN CARA JAHILLIYAH MODEN
-
▼
January
(21)
Cukuplah, beri orang lain pula.
ReplyDelete