Umumnya pada hari minggu jika melalui jalan ini pasti dapat dilihat apa yang dinyatakan ini sebahagian dari realiti apa yang berlaku.
Mencegah lebih baik dari mengubati diatas malang yang tidak berbau dengan mengambil langkah waspada adalah difikirkan sebaiknya jambatan tersebut diubah dari menjadi sebuah perangkap maut kepada kebajikan untuk rakyat, terutamanya kepada kaki pancing untuk mengisi masa lapang dengan hobi tersebut.
Secara ringkas Jambatan yang dimaksudkan adalah jambatan lama dan telah digantikan dengan jambatan baru yang ianya tidak digunakan lagi untuk dilalui sebarang kenderaan. Fenomena alam, hujan dan panas satu lumrah kurniaan ilahi, bagi sebuah jambatan usang yang terdedah dengan cuaca demikian saban hari menyebabkan struktur lantainya hampir 80 peratus reput dan sangat berbahaya kepada mereka yang menjadikan jambatan ini sebagai lubuk pancing.
Acap kali ketika melalui jalan ini GK melihat beberapa orang kaki pancing sedang leka diatas jambatan tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Keseronokkan memancing adalah ketika mana umpan yang dicampakkan disentap, ketika itu keghairahan pemancing akan melupakan keadaan sekelilingnya.
Lebih membimbangkan adakalanya ia terdiri dari kanak-kanak, mungkin ada yang terfikir apakah ibubapa kanak-kanak tersebut membiarkan anak-anak mereka berada diatas jambatan itu, jawapannya pastilah tidak kerana mereka tidak mengetahuinya dan sangat mustahil juga untuk anak-anak mereka memberitahu ibubapa mereka terlebih dahulu.
Sangatlah mudah jawapan untuk kita tidak bertanggungjawab diatas perkara buruk sekiranya berlaku yang berkait diatasnya. Sebelum fikir kita jauh tersasar sila tonton video dibawah dan membuat penilaian mengenainya.
Bagaimana pendapat anda ? Begitulah juga dari apa yang hendak dibawa oleh GK berkaitan dengan jambatan tersebut. Sekiranya menjadikan sesuatu itu satu perangkap yang boleh membahayakan sudah pastilah akan ada yang menjadi mangsa.
Secara kesimpulannya tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak, dan mengambil kira beberapa faktor semasa serta situasi yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat, Dimana papan lantai jambatan yang sudah reput itu hendaklah digantikan dengan papan lantai yang baru supaya sebuah jambatan yang berstatus perangkap maut tadi dijadikan syurga untuk kaki pancing.
Melihat kepada tiang jambatan tersebut adalah dibina dari bahan simen yang masih utuh dan mampu untuk menampung beban . Memenuhi permintaan rakyat serta tanggungjawab pemerintah bagi menyediakan kemudahan asas dan tempat riadah dirasakan perlu untuk kerajaan mengambil langkah yang lebih efektif dengan menjadikan tapak jambatan itu sebagai tempat Pancing dan Rehat atau ianya lebih sesuai juga dengan singkatan PR.
Lokasinya juga sangat strategik kerana berhampiran dengan kediaman Tokoh Islam dan merupakan seorang Menteri Besar selain bergelar Ulamak yang sentiasa mendapat kunjungan dari dalam dan luar Negara. Peka dengan keselesaan untuk rakyat yang boleh menjadi contoh dan bukti kebajikan kepada rakyat.
Beberapa perkara yang memperlihatkan ianya sangat berfaedah selain dari mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, diantaranya ialah dapat menangani masalah sosial remaja yang banyak menghabiskan masa seperti merempit ,berjudi, menagih dadah dan sebagainya. ia mampu untuk menarik minat remaja dengan aktiviti memancing seperti ini.
Disamping itu juga peranan kerajaan didalam pentadbiran yang secara langsung terus kepada rakyat lebih berketerampilan berbanding dengan membina replika rehal di beberapa tempat yang ianya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat malahan ianya lebih kepada pembaziran dan bukannya keperluan.
Gambaran GK kepada replika rehal tidak mencerminkan ianya Islamik kecuali gimik kepada sebuah negeri jika naungan Islamnya bermotifkan politik.
Jika satu sahaja replika rehal tidaklah keterlaluan untuk dijadikan icon atau simbol sebuah pemerintahan Islam. Bila lebih dari itu sukar untuk diterima sedangkan masih banyak lagi keperluan untuk rakyat belum dilaksanakan.
Mengambil kira kos pembinaan replika rehal lebih baik kos tersebut digunakan untuk menaiktaraf jambatan usang tadi sepertimana yang telah dicadangkan.
Comel dan berkilat kayu-kayu itu |
Berkeadaan pula dengan Negeri Kelantan yang kaya dengan hasil balak lebih memudahkan lagi proses tersebut, kerajaan seharusnya memanfaatkan peluang ini sebaik yang mungkin dan memberi penekanan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat dalam memanfaatkannya.
Untuk mengetahui berapa kos kayu kayan balun balak itu bolehlah Menteri Besar Kelantan bertanya kepada salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang berkait dengan kayu kayan tersebut yang juga adalah pemilik rumah diatas. Anda Mampu Mengubahnya.
wah,rumah exco mana ni?mentang2lah kelantan ni kaya dgn balak....
ReplyDeleteBoleh tahan jugak kau menulis ya GK, idea nko pun canggih, jangan dipersiakan, teruskan dengan momentum penulisan seperti ini yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.
ReplyDelete