Menteri Merapu Atau Memang Kerajaan Yang Naikkan Harga Diesel @HasanMalekKP @ahmadmaslan @NajibRazak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kemerapuan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter bermula Isnin disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.

"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga. "Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di sini, Isnin. BERNAMA.

Menerusi kenyataan Menteri itu, dapat difahami bahawa kerajaan yang menaikkan harga diesel kerana sebelum ini kerajaan telah banyak menampung subsidi.

Tidak kurang juga yang beranggapan, disebabkan sebelum ni kerajaan bagi subsidi, sekarang kerajaan naikkan supaya dapat 'cover' balik subsidi sebelum ini.

Ternyata kenyatan MA mengelirukan sekaligus memberi persepsi buruk kepada kerajaan, sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu elak dari memberi kenyataan yang akan memberi persepsi negatif kepada kerajaan, apatah lagi sesuatu yang kerajaan tidak terlibat menentukan atau menaikkannya.

Berbeza pula dengan kenyataan seorang lagi Menteri yang sememangnya dapat kita faham kenaikkan diesel disebabkan (pengapungan) penurunan harga pasaran diesel  dunia tidak lepasi harga diesel bersubsidi sebelum ini. 

Lebih jelas bukan kerajaan yang menaikkan, kenaikkan itu langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan, tapi ia adalah selaras dengan dasar pengapungan yang naik turun mengikut harga pasaran dunia.
Sebagai Menteri kenyataan merapu seperti itu sungguh memalukan, setelah mengumumkan dasar pengapungan, buat apa lagi nak sebut pasal beri subsidi terlalu besar, banyak tampung subsidi, duk kaji, bincang dsbnya. Adoiii Merapu sungguhlah Menteri (A) ni !!!, Anda Mampu Mengubahnya.

'Sememangnya cap ayam'

1 comment:

  1. Hasan Malek selalu sgt fail untuk sediakan skrip sebelum bercakap. Lain kali bila iq agak kureng tu, sediakan skrip dulu sebelum berckp dgn press. Dah bnyk kali malu dan memalukan, tapi masih syok untuk mencari kemaluan. Menteri cengginipun boleh najib pilih...aduhhh. Takde taste betul la najib ni......

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...