KLIPVIDEO BONGKAR - HJ HADI SETUJU KERAJAAN PERPADUAN, ADA BANGLO MISTERI DISEBALIKNYA

Mungkin dibawah inilah misteri rumah yang UMNO hadiahkan kepada bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden Pas kerana bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang diperkatakan satu ketika dahulu. Patutlah Hj Hadi tidak pernah disanjung oleh pengikutnya berbeza dari mereka menyanjungi Nik Aziz yang keramatnya juga telah memecahkan perut PM hasil berkat doa mustakjudnya..

Presiden Pas Datuk Seri Hj Hadi Awang sebenarnya sedar dengan apa yang berlaku didalam Pas jauh dari landasan perjuangannya yang sebenar. Perjuangan Hj Hadi menerusi Parti Pas seiring dengan arwah Ibrahim Libya yang benar-benar berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia. Akan tetapi diatas semangat setiakawan beliau terpaksa menuruti apa sahaja kemahuan Nik Aziz walaupun perkara itu sangat berat untuk diterima beliau. Video dibawah adalah pembongkaran mengenai Hj Hadi, Nik Aziz, Hj Alwi dan Hj Anwar

Kezuhudan Hj Hadi dan kewarakannya tidak pernah dipublisitikan seperti Nik Aziz, sebagai seorang Ulamak Hj Hadi tidak pernah pertontonkan tangisan beliau atau sunnah beliau menghirup lebihan makan didalam pinggan. Tapi itu tidak bermakna Hj Hadi tidak pernah menangis dihadapan Allah Taala dan tidak mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.

Cuma kesilapan beliau didalam dunia politik adalah mengenai amanatnya satu ketika dahulu, mungkin ketika itu semangat perjuangannya yang masih muda dan belum mendalami ilmu agama yang sepenuhnya, ibarat pasukan polis atau tentera yang baru sahaja menamatkan latihan, tubuhnya mantap semangatnya kental .

Kekuatan iman Hj Hadi diuji oleh Allah Taala dengan dihadirkan seorang rakan Ulamak soros didalam perjuangan yang didokong beliau, sayang sekali Hj Hadi melunturkan keimanan dan kecintaanya kepada Islam hanya kerana seorang kawan yang penuh dengan dendam kesumat dan riak.
Sebelum ini kita diberitakan mengenai Hj Hadi yang menyatakan hasratnya tidak ingin bertanding pada PRU13 nanti, sebenarnya itulah keikhlasan beliau yang sudah tidak sanggup lagi menanggung dosa dari apa yang telah berlaku songsang didalam Pas, namun disebabkan sifat beliau itu dan sayangnya kepada Pas, sekali lagi beliau terpengaruh dan membatalkan hasratnya apabila dipujuk diatas alasan kekuatan parti yang sedikit sebanyak hasratnya itu akan menjejaskan sokongan kepada Pas.

Namun sampai bila Hj Hadi ingin bertahan dengan kaedah songsang yang dibawa oleh Nik Aziz, Hj Hadi sebenarnya telah banyak dipergunakan oleh Nik Aziz, walaupun beliau memegang jawatan tertinggi didalam Pas, tapi beliau terpaksa akur dengan segala kehendak Nik Aziz biarpun terpaksa menyerah jawatan Perdana Menteri sekiranya berpeluang menawan Putrajaya.

Kelicikan Nik Aziz mempergunakan Hj Hadi dapat kita lihat pada perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu, seakannya Nik Aziz tiada tarikh lain untuk menunaikan Umrah, Nik Aziz lari dari medan perang meninggalkan Hj Hadi bersama Mat 121 terkontang kanting kononnya dibaham land rover, Nik Aziz memang bijak dan licik, orang lain berkerja dan berjuang untuk dapatkan kemenangan tapi beliau sekadar mengumpankan air mata untuk mendapatkan kesenangan.


Seperti juga didalam Pejabat Menteri Besar, orang yang berkerja adalah orang lain, Nik Aziz seperti seorang bos didalam syarikat bukan didalam kerajaan, beliau menafikan keupayaan Nik Amar dengan tidak sedikitpun memberi peluang untuknya, sedangkan keupayaan Nik Amar jauh lebih hebat dari beliau, cuma Nik Amar berasa kekok untuk melontarkan pandangan dan idea beliau  kepada Nik Aziz.

Nik Amar juga seorang yang bersih dan belum pernah dikaitkan dengan RM4juta, kambing jamnapari mahupun balak Kelantan dan Tauke Cina. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak memberi peluang kepada beliau dan ingin pegang jawatan MB sampai mati sehingga menyebabkan seluruh rakyat menjadi susah angkaranya.

Persoalan terakhir adakah Nik Aziz atau Hj Hadi sanggup berdepan dengan Hj Alwi dalam menentukan kebenaran kata-kata Hj Alwi, keyakinan cerita yang dibawa oleh Hj Alwi mustahil untuk beliau menipunya, cuma penyokong taksub Pas perlu membawa klipvideo itu untuk dipersembahkan kepada Hj Hadi dan juga Nik Aziz supaya mereka mengulas secara terbuka.

Rakaman kenyataan Adun Kok Lanas itu cukup kuat untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawasanya  Hj Hadi dalam keterpaksaan dan beliau tahu mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sudah tidak sanggup lagi untuk berkerjasama dengan DAP dan PKR kalau bukan kerana nik Aziz.

Sebahagian Jentera BN Negeri Kelantan ada baiknya  memainkan peranan dalam mengetengahkan isu seperti rakaman kenyataan tersebut kepada pengetahuan umum daripada  mencipta gimik yang sekadar menjadi hiburan untuk bersuka ria budak-budak dalam usaha mengubah nasib rakyat Kelantan. Sekiranya mahu Anda Mampu Mengubahnya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...