KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.
"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."
Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.
Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.
"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.
Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.
"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).”- mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(1061)
-
▼
March
(76)
- JADI PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR PUN SAYA MAAFKAN...
- RAMALAN TUN DAIM DI KELANTAN ADA BENARNYA....LIHATLAH
- MALAM INI KEKUATAN PAS KELANTAN AKAN DI UJI RAKYAT...
- AKHBAR UTUSAN JANGAN BUAT 'GILA BABI' DI KELANTAN ...
- ISU LEMBU : 20 PELURU TAK TEMBAK SEMUA ! - DOLLAH...
- JABATAN PENJARA NAFI HOSLAN @ IMAM KASUT ISLAMKAN...
- TOK IMAM DIFITNAH SONGLAP, SEMUA URUSAN TERMASUK P...
- RAMALAN PRU 13 : BUKAN MUDAH UNTUK BN - TUN MAHATHIR
- PHOTO UPDATED ! - KEBAKARAN DI SURIA KLCC
- RASUAH BANYAK DISIASAT TAPI TIDAK DIDAKWA - SPRM
- SUBHANALLAH - IMAM MUDA BACA AL-QURAN KETIKA DALAM...
- GAGAL JADI PEMBANGKANG BAGAIMANA NAK BENTUK KERAJ...
- GOLONGAN CERDIK RAMAI MENYERTAI PAS KERANA DISEKAT...
- PANAS !!! ADUN BN KANTOI DI PUSAT HIBURAN - ALI CA...
- RAFIDAH KATA NAK BUANG 'PIJAT' JER ! BUKAN NAK BAK...
- AZIZAN JANGAN TERLALU LANTANG ! ATAU TERIMA NASIB ...
- TERKINI ! KETUA KERAJAAN LANGIT, 'AYAH PIN' KENA ...
- KHAIRY JAMALUDDIN DILANTIK PENGERUSI PUNB YANG BAR...
- KU LI TEGAS TETAP SETIA BERSAMA UMNO
- PEREBUTAN KERUSI - DAP SEMAKIN RAKUS PETANDA BURUK...
- DAP TUNTUT LEBIH KERUSI, DUA PEMIMPIN KANAN PAS KE...
- DEMONTRASI INI PALING JAHAT TETAPI PALING MAHAL A...
- PAS NGANGA - DAP UGUT 3 PENJURU JIKA GAGAL DAPAT K...
- KERANA YAHUDI PAS PERTIKAIKAN AKHBAR SINAR HARIAN
- PAS TAK KISAH SIAPA PUN ANWAR
- ISU LEMBAH SIREH - TAKIYUDDIN BOHONG KE ??? RAKY...
- PANAS !!! 6 DALIL DAN 38 BUKTI KONKRIT KENAPA NAJI...
- AMBO CABAR MINGGU DEPAN MARI SINI !!! - AKTIVIS JE...
- BN TAKKAN BERJANJI JIKA TAK MAMPU - NAJIB
- BR1M : KALAU HARAM JANGAN AMBIL - NAJIB
- HARAKAH MEROYAN SERANG UTUSAN IKLAN GAMBAR TELANJANG
- KOTA BHARU BANDARAYA COWBOY - 4 DAS TEMBAKAN DI T...
- ISU LADANG RAKYAT - AHMAD SIFATKAN LAPORAN AKHBAR ...
- RAKAMAN EKSKLUSIF - 'KAMI TIDAK REDHA KERAJAAN PA...
- 5 KETUA WANITA UMNO NEGERI SOKONG SHAHRIZAT, PERSO...
- CALON YANG AKAN MENGGANTIKAN SHAHRIZAT !
- KALAU SEMUA BERSUNGGUH MACAM SAIFUDDIN !!! SELAMAT...
- BERLAMBAK LAGI AKU SEDANG BERUNDING !!! - ANGKUHNY...
- MALU DIPANGGIL 'LEMBU' - KAMILIA GESA SHAHRIZAT LE...
- ADA RASA SOMETHING KAT PUNGGUNG, RUPANYA DI GESEL ...
- MANGSA TERBARU KEZALIMAN SEKUTU ISRAEL YANG TERUS ...
- SIDANG DUN SELANGOR - ADUN MERU BERLAGAK JANTAN DI...
- RUNDINGAN DENGAN KADIR SUDAH LAMA DIBUAT- MAT SABU
- FAKTA DAN DATA - 'TOK PA' JANGAN JADI BUDAK
- TERKINI !!! 6 HUJAH NIK AZIZ PERTAHANKAN ISRAEL, ...
- BN AKAN KALAH DI KELANTAN - TUN DAIM ZAINUDDIN@ SO...
- KANAK-KANAK DIGIGIT ANJING TINGGALKAN LUKA BERBENT...
- DENGAN SYAITAN BOLEH KAWAN, DENGAN IBLIS YANG TAK ...
- UMNOBN NAK RAMPAS KELANTAN !!! REALITI ATAU PENYED...
- KADIR SHEIKH FADZIR KELUAR UMNO
- HOK MASUK I.S.A NI TOK GURU NGAJI MEKAH JAH, AKU N...
- PAS AKAN LETAK CALON ARTIS PADA PRU 13 NANTI, PEN...
- HOT VIDEO - SKANDAL ANWAR IBRAHIM DENGAN ANAK 'TAU...
- ANWAR DIHENTAM KHAIRY, APA KATA NIK AZIZ ?KATA DU...
- TUN DAIM ZAINUDDIN RAMAL PRU 13 DENGAN INGATAN 'LE...
- SENI LAKON ARTIS PERTAMA DUNIA BERGELAR ULAMAK KI...
- KLIPVIDEO - NIK AZIZ SIFATKAN CALON PARLIMEN KOTA ...
- DAP GUNA ‘CIK LEE’ PUJI NIK AZIZ – SENJATA PALING...
- VIDEO EKSKLUSIF - NENEK DITINGGALKAN DI HOTEL RAYU...
- ZAID UMUM AKAN BERTANDING DAN MENANG DI PARLIMEN K...
- BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU BERGEGAR !
- 3 - PAS - PALSUKAN ARAHAN SURAT, POLIS AKAN SIASAT...
- ISU USTAZ AZHAR & MPKB-BRI - WARTAWAN SINAR HARIAN...
- KERAJAAN PAS KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS ISU CERAM...
- TERKINI !!! -KLIPVIDEO - NIK AZIZ TUNAI JANJI BI...
- AKHIRNYA ISU LYNAS SELESAI
- KLIPVIDEO -TOK SEH JUAL KARPET TUNJUK 'BARE', GAD...
- KLIPVIDEO BONGKAR - HJ HADI SETUJU KERAJAAN PERPAD...
- KERANA DIALAH RAKYAT KELANTAN SENGSARA....SIAPA DI...
- KLIPVIDEO NIK AZIZ HINA RAJA DAN BUKTI SURAT RASMI...
- PM KE KELANTAN SOUND KAKI BODEK YANG SALAM CIUM TA...
- PULAU MISKIN DI TENGAH BANDAR, NIK AZIZ TAK PERNAH...
- TERKINI!!! PAS JANGAN DERHAKA 5 TITAH SULTAN KELANTAN
- NIK AZIZ ARAH DZULKEFLI DIPECAT SERTA MERTA DARI P...
- PANAS !!! ANWAR MACAM IBLIS - NAZRI AZIZ
- BONGKAR !!! PAS CAWANGAN PENAJA HASAN ALI, NIK AZI...
-
▼
March
(76)
..Pemimpin pembangkang DS Anuwar menerima bermacam gelaran yg menghinakan dari pelbagai pihak, dan sudah tentu ahli2 PKR termasuk Wanita PKR juga terkena tempias diperingkat grassroot dengan kata2 yg lebih kotor dari hanya perkataan 'lembu' tapi mereka tidak pernah mendesak DS Anuwar letak jawatan.
ReplyDeleteWanita UMNO pula yg hanya digelar 'lembu' sahaja sudah naik meroyan dan sanggup pula 'menikam' ketua dari belakang setelah ketua mereka ditumbuk dan diterajang dari depan oleh musuh...macam ini ke semangat setiakawan perjuangan Wanita UMNO ???
Wanita PKR tidak pernah menikam ketua mereka dari belakang walau pun seluruh dunia heboh memperkatakan ketua mereka itu suka menikam belakang...kalau tidak pandai berhujah dengan pihak lawan maka lebih baik jangan jadi pemimpin dan lebih layak balik rumah jaga anak2 dan membelai suami je...