NIK AZIZ ARAH DZULKEFLI DIPECAT SERTA MERTA DARI PAS !!!

Jika dulu Dzulkefly yang juga AJK Pas pusat telah mengeluarkan kenyataan Pas tidak akan melaksanakan Hudud, kini sekali lagi  perjuangan Islam Pas dicelup beliau dengan menyatakan  kesediaan Pas menerima Ambiga atau orang bukan Islam untuk menjadi Timbalan Presiden Pas.

Apa kata kepimpinan Pas terutamanya Nik Aziz apabila Dzulkefly mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan perjuangan Islam, jika Hukum Hudud berjaya disepikan oleh Dzulkefly, bagaimana pula dengan idea penerimaan orang bukan Islam untuk memimpin perjuangan Islam Pas?

Lembut sungguh Nik Aziz mengulas isu ini, kenapa tak sound macam biasa "Itu dia punya pasal, ini soal dasar Pas, kenapa pandai-pandai buat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan muktamar" Berani ke Nik Aziz nak sound macam tu pada anak didik DAP ni, Kalau nak pecat macam Hasan Ali jauh sekalilah ?

Tapi kalau Islam yang adil dibawa oleh Nik Aziz sepertimana yang dibuat terhadap Hasan Ali dan juga pemimpin Pas yang lain, tajuk diataslah yang akan mengisi dada-dada akhbar hari ini.

Shah Alam - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh"  boleh memimpin Pas.

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu. (Kenyataan Nik Aziz yang bacul dan sedikitpun tidak berani untuk menyelar Dzulkefly. Nasib kamulah Hasan....)

Sebelum ini AJK Pas Pusat Dzulkefly berkata, Pas bersedia menerima Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam dan Pas sedang melangkah ke arah itu.

Menurut beliau lagi, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

Berapa ramai lagi dikalangan penyokong Pas yang masih buta dan pekak setelah mendengar penjelasan dari perbezaan kepimpinan Pas dahulu dan kini. Klipvideo dibawah adalah fakta perbezaan diantara perjuangan pemimpin Pas seperti Arwah Ibrahim Libya, Dzulkifly, Nik Aziz dan juga Hasan Ali.Pas dulu

Nik Aziz pula dilihat penakut dan bacul kerana sedikitpun tidak berani untuk menyentuh dan mengkritik pemimpin sekular Pas seperti Dzulkefly yang sering bercanggah dengan perjuangan Islam dan seiring dengan perjuangan DAP.

Jika diperhatikan permainan politik Nik Aziz ini sangatlah dasyat, (hanya Allah yang maha mengetahuinya). Seperti kata Hasan Ali yang beliau dipecat adalan satu pemecatan yang zalim dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana parti didunia waima parti komunis sekalipun.

Beliau dipecat kerana hendak memperjuangkan Islam yang bercanggah dengan prinsip perjuangan DAP atau melanggar hak asasi manusia.

Siapa sahaja pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan yang ikhlas dan sejajar dengan Islam tetapi tidak berpihak kepada DAP atau Anwar Ibrahim, pemimpin tersebut akan diselar, dimaki atau dipecat.

Kenapa Nik Aziz sampai jadi seperti ini, Pemimpin yang benar-benar memperjuangkan Islam disentap dan dihambat rakus, tapi Pemimpin yang sering bercanggah dengan Islam hanya dibiarkan begitu sahaja walaupun sudah beberapa kali megeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas.

Dimana kredibiliti seorang pemimpin yang lebih tunduk kepada musuh Islam, dan dimana  hebatnya Islam yang dibawa oleh Nik Aziz. Buktinya diSINI .

Pemimpin setinggi bekas Timbalan Presiden Pas Nassaruddin Mat Isa juga tidak terkecuali menjadi mangsa selar, buli dan diselengakan oleh Nik Aziz ekoran kenyataannya yang ingin berbaik-baik sesama Islam sekaligus akan merugikan DAP. Buktinya diSINI

Beberapa orang pemimpin Pas dan PKR sudah terpecat akibat dari membela dan memperjuangkan Islam, tapi Pas serimg menuduh ianya menjadi alat kepada Umno, terbaru Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan pula dilihat dilanda krisis.

Sampai bila Pas akan bertahan dan aman bersama DAP sekiranya setiap masa perlu mengorbankan kepimpinan Ulamak. Apapun buat penyokong Pas, lihatlah dengan mata hati, ini soal akidah dan masa depan umat Islam, sekiranya anda taksub dan mempercayai hanya Pas yang memperjuangkan Islam sedangkan Pas telah diperbodoh kudakan oleh DAP, maka dengan anda sekali akan rosak binasa. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...