MANGSA TERBARU KEZALIMAN SEKUTU ISRAEL YANG TERUS MEMUNCAK DI KOTA BHARU !!!

KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM - Seorang suri rumah yang hanya dikenali sebagai Tengku Azilah bersama suaminya Manan yang lumpuh akibat strok dilaporkan menjadi mangsa kezaliman sekutu Israel yaitu kerajaan Pas Kelantan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (MPKB-BRI ) dengan cara pentadbiran didalam pengutipan cukai yang dilakukan terhadap mangsa.
Perundingan mengikut kemampuan yang hendak dibincangkan mangsa tidak dipedulikan selain pihak MPKB-BRI menetapkan tunggakan cukai pintu  RM 1+++,00 itu dibayar sebanyak RM300 dan RM100 untuk bulan seterusnya. Mangsa yang merasakan terhina dan tertindas terus berlari keluar dengan sekadar mampu menangis terkenangkan nasibnya.

Menurut mangsa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), " Saya ni Tg. Azilah (isteri Manan yang kena strok). Orang MPKB tak ada kasihan langsung ke. Saya tertunggak cukai pintu Rm 1000 lebih, dia minta saya bayar bulan ni Rm 300 dan bulan lain Rm 100. Saya dah minta kurang tapi  tak boleh, saya tak tahan saya keluar nangis.

" Nak bayar dengan apa banyak tu, bukannya sikit. Saya bukan tak nak bayar, tapi keadaan sekarang saya tak mampu dengan jumlah tu, nak minta kurangkan tak dapat juga. Apa yang perlu saya buat?  saya bimbang rumah saya di sita sebab notis dah dibagi

Dimana kebajikan kerajaan Pas ??? tidak kasihankah mereka ini. Atau Apakah perkara ini sebenarnya sudah dirancang kemas oleh kerajaan Pas? diatas hal yang banyak berlaku situasi sedemikian, memetik dari artikel yang GK laporkan sebelum ini ialah mengenai kaitan dengan 'tauke cina',

" Bila pemilik gagal menjelaskan tunggakan cukai tersebut, MPKB-BRI pula memberi tekanan semaksimum mungkin, secara terdesak pemilik akan menjual tanahnya kepada 'tauke cina' untuk dibina bangunan seperti yang telah banyak berlaku di Bandar Kota Bharu sekarang ini, siapa pula yang untung dan siapa pula yang rugi ?

" Kaedah penindasan cara halus ini untuk memberi tekanan kepada pemilik tanah dan langsung mengambil tindakan menjual tanah mereka kepada tauke cina yang sedia menanti, demi untuk menjaga tauke cina yang dibela oleh kerajaan Jumud Pas, maka kerajaan Nik Aziz sanggup menggepalai  taktik kotor ini. Sungguh malang nasib orang melayu dibumi sendiri kerana tiada pilihan selain menjual kepada tauke cina yang sudah kaya raya. Maklumat dan rakaman mengenainya Klik Disini .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...