Kesalahan tersebut disedari oleh penyokong fanatik Pas diruangan sembang Facebook, menurut beliau yang menggunakan nama Faissal Fahimi, kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan oleh budak tak sekolah dan menuduh ianya sengaja direka-reka oleh orang Umno untuk memfitnah kerajaan Pas Kelantan.

Ulasannya boleh rujuk pada PS yang Gk sertakan, dan itulah tahap sebenar mentaliti penyokong Pas yang tidak pernah cuba menerima dan merujuk apa yang dikeluarkan oleh mereka yang menentang Pas. Alasan dan ketelitiannya juga sangatlah dangkal dengan menafikan segala kebenaran yang wujud pada surat tersebut.


Mungkin kecuaian inilah dari cebisan kebenaran yang dilaporkan oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau bloggers Kickdefella dalam pembongkaran RM50 JUTA duit rakyat Kelantan ditelan oleh syarikat Sensa Timur akibat keterlampauan pandainya Al-Menantunya.



Bilamana sesebuah kerajaan itu lemah dan tidak mempunyai kewibawaan dalam pemerintahan maka sesebuah negeri dan negara yang diperintahnya itu akan terus mundur tanpa kemajuan didalam erti kemajuan yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat. Selain itu kerajaan tersebut juga senang untuk ditipu seperti yang telah berlaku mengenai penerimaan cek berjumlah RM 4 Billion dari sebuah syarikat swasta.
Maka dengan penjelasan ini diharapkan pihak Istana dan pihak Kerajaan Kelantan mengambil tindakan dan pendekatan yang bijak supaya ianya tidak berulang lagi pada penghujung pemerintahan di Kelantan ini. Perkara ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan Pas mengurus tadbir negeri walaupun berpengalaman lebih 20 tahun atau seusia balak matang di Gua Musang.
Sebesar-besar kesalahan adalah bermula dengan kesalahan yang kecil dan dianggap remeh. Sedangkan perkara tersebut telah menyebabkan kerugian wang rakyat sejumlah RM 50 JUTA, itupun cuma yang dapat diketahui, yang tersorok hanya Tuhan sahaja yang tahu, mungkin sikap sambil lewa itulah menyebabkan rakyat hidup susah tanpa pembangunan dan kemudahan asas seperti air.
Air di Kelantan hanya mampu diselesaikan oleh Kerajaan Kelantan sehingga tahun 2027, sanggupkah kita sebagai rakyat untuk menunggu sampai tahun 2027 ? tepuk dada tanyalah selera. Dalam kata lain terpecatnya Hasan Ali daripada Pas tidak bererti gugur Islamnya. Kerana Pas bukan agama dan agama bukannya Pas. Bahkan terpecatnya Hasan Ali hanya kerana ingin menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan bukannya yang dibawa oleh Pas mahupun Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.