PULAU MISKIN DI TENGAH BANDAR, NIK AZIZ TAK PERNAH BERTANYA KHABAR !

Kemiskinan adalah satu isu global yang berlaku diseluruh ceruk alam didunia ini, jangan kata di Kelantan, di Mekah pun masih ramai yang miskin, itulah kata-kata sinonim yang menjadi jawapan paling baik pemerintahan Pas di Kelantan bilamana mereka berhadapan dengan isu-isu seperti ini. Namun apakah jawapan itu adalah jawapan terbaik untuk sebuah kebajikan.
Sepatutnya isu kemiskinan ini harus diperjuangkan lebih utama diatas nama hak asasi manusia daripada mempertahankan seks bebas atau (SMB) suka main belakang. Masyarakat hari ini lebih suka untuk keluar berhimpun atau mengadakan demontrasi diatas sesuatu hal bersifat politik, dan dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Sedangkan isu kemiskinan ini hanyalah menjadi perkara remeh bagi sebuah masyarakat yang dikatakan bertamadun.
Lebih malang lagi ada sesetengah pihak yang cuba menafikan hak orang miskin dengan mempertikaikannya diatas rasa tidak puas hati dengan sesuatu hal yang lain. Kadangkala busuk hati seseorang manusia itu lebih dasyat dari binatang. Mereka sanggup melihat kesusahan daripada diberi perhatian dan bantuan kepada orang miskin demi keegoan harian yang tidak bersinar lagi.

Rakaman klip video diatas telah dirakamkan minggu lalu oleh blogger Amboorangkampung di Sri Cemerlang Kota Bharu kelantan. Kemiskinan ditengah-tengah bandar ini merupakan kemiskinan setinggan yang belum dapat dipastikan apa status sebenar mereka ini.

Perkampungan ini juga seperti sebuah pulau miskin yang dikelilingi dengan pembangunan. Pasti terlintas difikiran anda kenapa kemiskinan ini masih wujud dan rakyat pula seolah-olah menerima kehidupan sedemikian kerana mengharapkan syurga yang dijanjikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Kesedaran golongan miskin ini untuk mengubah nasib hidup mereka sudah ada, mungkin hajatnya tersekat  dengan janji-janji syurga kepada mereka, maka secara tidak langsung  mereka akan mewariskan generasi ini kepada generasi yang seterusnya, dan sampai bilapun umat Islam dan masyarakat umum tidak akan dapat mengecapi apa yang dikatakan keadilan didalam Islam pada sebuah negeri yang berkebajikan.

Bukanlah menjadi satu kesalahan dengan kebajikan, bahkan ianya satu kemuliaan, tetapi kebajikan itu perlu dilaksanakan dan bukan hanya sekadar menjadi sebutan.

Seseorang pemimpin yang hanya tahu menghasut dan merendahkan serta menafikan pemberian atau kebajikan seseorang pemimpin lain kepada rakyatnya itu bukanlah satu tanda untuk dimengertikan ianya dikalangan pemimpin yang lebih baik.

Perlu diingatkan kepada pemimpin dan kerajaan, jika hari ini nasib kita tidak seburuk nasib mereka, esok hari belum tentu hidup kita lebih baik dari mereka. Ia samalah dengan apa yang berlaku kepada pemimpin sehebat Muammar Ghadafi yang pasti  tidak pernah menjangkakan nasib hidupnya.

Cita-cita dan matlamat hanya akan disebut berjaya bilamana ianya terlaksana, menuju kearah berjayanya perlaksanaan pula adalah dengan usaha yang relevan pada jalan yang lurus dengan erti lain bukan jalan belakang yang jauh tersasar dengan landasan matlamat iaitu 60 kerusi daripada 222 kerusi bersama dengan PKR dan DAP..

Alasan dan meletakkan kesalahan kepada orang lain diatas kegagalan matlamat yang hipokrit tidak mungkin ianya akan relevan sepanjang zaman. Keretakkan dan percanggahan sesama sendiri adalah bukti yang jelas untuk difahami bahawa apa yang diperjuangkan sebelum ini sudah tidak lagi berada pada landasan yang sama, tidak sepertimana yang dipersetujui ketika belum bersahabat dengan DAP.  Hal itu Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. FIX deposit Pas.kalau mereka kaya anak anak pandai.celako mereka pasti celako menentang ambo.Oleh itu biarkan mereka sperti katak di bawah tempurung senang kelentong.orang cerdik susah sikit... apa ambo cakap mereko percayo ,pok nik.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...