TERKINI !!! -KLIPVIDEO - NIK AZIZ TUNAI JANJI BINA STADIUM DAN BANDAR THE RED WARRIORS

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
85 lagi JANJI diSini


Pas Kelantan yang cuba untuk menumpang populariti Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa, kini dilihat mati pucuk akalnya apabila masa yang dijanjikan mereka sudah tiba namun projek tersebut hanya menjadi projek batu asas semata-mata.

Kerana melihat sebahagian besar rakyatnya  meminati Pasukan Bola Sepak Kelantan atau lebih dikenali dengan The Red Warriors (TRW), Pas Kelantan mula membuat percaturan untuk menarik minat penyokong TRW dengan menjanjikan sebuah stadium baru berserta masjid yang bakal dibina awal bulan ini di Bukit Merbau Pasir Puteh.

Janji tersebut yang dibuat pada Mei 2011 hanya bertujuan memancing undi dan mereka mengjangkakan PRU13 akan dibuat sebelum Mac 2012, sangkaan yang meleset itu bagaimanapun akan dialasankan kerana di Mekah pun janji nak buat stadium tapi tak juga dibuat lagi. Sebelum ini Kerajaan Pas Kelantan  juga pernah berjanji untuk membina Stadium di Tunjung Jalan Kuala Krai namun ianya tetap dimungkiri.

Jika difikir kembali, apalah yang Pas mampu buat selama memerintah Kelantan sudah lebih 22 tahun. Maksudkanya mampu buat sesuatu yang memberi faedah kepada rakyat bukannya faedah kepada 'tauke cina' dan juga syarikat Sensa Timure. Kalau kemudahan asas seperti air pun nak kena tunggu sampai 2027 baru selesai yang stadium ni entahlah macam mana. Mungkin akan menjadi projek batu asas seperti projek-projek sebelumnya.



















Mungkin jika diperhatikan dengan gerak bicara Nik Aziz dan Husam Musa pada klipvideo diatas, ia dapat dinilai oleh rakyat Kelantan samada  pembinaan Stadium atau Bandar The Red Warriors yang dijanjikan itu sudah ada perancangan dari awal atau sekadar umpan pilihanraya? Sedalam mana kolam renangnya belum digali lagi. Anda Mampu Mengubahnya.

KOTA BHARU 19 Okt 2011- Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini.

”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini.

”Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.

Husam berkata, konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang meragui kemampuan kerajaan negeri membina projek besar seperti stadium baru itu, beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sejarah Stadium Sultan Muhammad IV juga dibina zaman pemerintahan Pas selepas pilihan raya 1964.

“Ketika itu Pas boleh melaksanakannya dan tidak mustahil sekarang kita akan bina di atas tanah milik kerajaan negeri sendiri,” katanya.- Sumber PMBK

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.
Sekian.
YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...