PAS NGANGA - DAP UGUT 3 PENJURU JIKA GAGAL DAPAT KERUSI LEBIH

Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, parti itu mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru.

ADUN tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik (kanan) berkata, ini bukan hasrat parti mahupun keinginan rakyat tetapi kerana landskap politik di negeri itu telah berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Lee, yang merupakan ADUN Kota Darulaman, menambah bahawa parti itu mahu memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah, dan oleh itu ia berhasrat mempunyai perwakilan yang lebih besar di negeri ini.

"Kami akan menuntut, kami akan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk memutuskannya dan kita akan menghormati keputusan itu tetapi kami ingin mendapatkan lebih banyak kerusi kerana kita mempunyai kubu kuat di Kedah juga," katanya kepada Malaysiakini.

"Ia bukan kerana kita mahu mengurangkan pengaruh PAS di negeri ini tetapi disebabkan oleh kesan limpahan sokongan yang kuat untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sokongan untuk kami di sini semakin meningkat," katanya.

Lee merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bahawa DAP tidak akan mendapat sebarang kerusi tambahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008.

Masalah untuk Pakatan


Lee yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan, berkata beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Mengenai kemungkinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bertelingkah berhubung pembahagian kerusi, Lee berkata mungkin di peringkat negeri berlaku.

NONELee berkata Azizan (kiri) tidak boleh bergantung kepada situasi pada
2008 untuk membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang Mei tahun depan.

Dalam pilihanraya yang lepas, DAP tidak benar-benar bersama dengan PAS ekoran kontroversi negara Islam, katanya.

"Bagaimanapun, kali ini rakyat mahu kita bersama. Kami bertanding dalam pilihan raya tanpa menyedari bahawa inilah yang memberi kita kemenangan.

"Apabila ia benar-benar berlaku, kami menyesal kerana meminta jumlah kerusi yang terlalu sedikit tetapi ketika itu ianya tidak mengapa kerana kita mendapat kemenangan moral," katanya.

Lee berkata Pakatan memprolehi kemenangan besar ekoran dasar satu lawan satu dalam pilihanraya umum lalu dan kalah beberapa kerusi akibat pertembungan tiga penjuru.

Ini, tambahnya, menunjukkan bahawa parti-parti komponen harus bekerjasama dan berkompromi bila melibatkan peruntukan kerusi.

Sokongan Melayu meningkat


"Terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat dan ia tidak dapat dielakkan bahawa beberapa kerusi harus dikorbankan," katanya.

Menurutnya, adalah "tidak adil" untuk hanya memperuntukkan satu kerusi negeri kepada DAP apabila parti itu mempunyai penyokong di beberapa kawasan, dengan cawangan yang aktif dalam kubu asal.

Beliau mengenal pasti kawasan seperti Bakar Arang, Gurun dan Sungai Petani sebagai sudah lama mempunyai pengaruh DAP dan peningkatan sokongan orang Melayu.

Kerusi Parlimen Sungai Petani kini dipegang oleh wakil PKR, Datuk Johari Abdul.

Lee mendedahkan DAP berminat bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti bila kepimpinan gabungan pusat akan memutuskan kerana mereka belum bertemu untuk membincangkan peruntukan kerusi di negeri ini.
Kini terdapat 36 kerusi negeri di Kedah - Pakatan mempunyai 20, BN 14 dan terdapat dua Bebas - di Lunas dan Bakar Arang.

Pada 2008, PAS bertanding 24 kerusi negeri dan menang 16, PKR bertanding 11 tetapi menang empat, di mana dua daripada mereka kemudian menjadi ADUN Bebas. DAP menang satu kerusi, manakala baki 14 kerusi lagi dipegang oleh BN.

1 comment:

  1. So, PAS apa lagi mintak lah kerus lebih kat Penang tu supaya dapat memainkan peranan lebih besar dalaam pentadbiran negeri... Apa lagi alasan sama boleh pakai. Jangan bagi Cina babi tu lebih lebih pulak...

    Dan mintak juga kerus lebih diSelangor atas alasan yang sama.. Najk depa bagi tak?...

    Bravo Azizan...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...