'PASni UMNO' TERUS GEGARKAN SERAMBI MEKAH


Tanggal 22 Januari 2012 adalah satu tanggal bersejarah yang banyak mengubah persepsi masyarakat di Kelantan khasnya, dalam suasana politik jumud yang sekian lama diterapkan oleh parti  memerintah di negeri tersebut dilihat dapat dibuka oleh satu gerakan baru yang dikenali dengan PASni UMNO .

Penganjuran satu program 'Jupo Mato, Ramah Mesra bersama Facebooker dan Bloggers' yang mendapat sambutan diluar jangkaan  adalah satu isyarat jelas berlakunya anjakan paradigma dalam kalangan masyarakat di Kelantan.

Biarpun begitu, GK bukanlah ingin bertenggek diatas populariti PASni UMNO, agak janggal untuk GK menumpang nama menonjol muka diatas hasil usaha gigih mereka yang bersusah payah selama ini, biarlah sireh pulang ke ganggangnya. Apa yang GK dapat bantu adalah memberi semangat untuk mereka yang menggerakkan kumpulan ini supaya lebih agresif dan berketerampilan di persada politik tanahair negara.

Penubuhan kumpulan yang dianggap masih mentah ini tidak sia-sia dengan segala gerak kerja dan aktiviti yang telah dibuat bagi mendekati golongan sasaran supaya dapat mengembalikan Kelantan ke tempat asalnya.

Hasil usaha gigih ahli di dalam kumpulan Pasni UMNO yang menggunapakai pendekatan 'BN Pilihan Orang Muda' adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan situasi yang ada di Kelantan sekarang ini.

Kesungguhan sebilangan anak muda untuk mengubah Kelantan, dengan mengorak langkah sendiri harus diberi pujian dan galakan dalam usaha murni mereka bagi merealisasikan impian setiap anak muda yang telah mula berjinak dan menjiwai apa yang dimatlamatkan oleh kumpulan ini.

Lebih 20 tahun penguasaan Pas di Kelantan adalah satu tembok kebal yang sukar untuk dipecahkan, setiap pemikiran akan merasakan mustahil untuk mana-mana parti mengambil alih Kelantan, tapi selepas tanggal 22 Januari 2012 dimana berlangsungnya satu acara yang gilang-gemilang dan diwarnai oleh pelbagai individu termasuk alim ulamak yang mula sedar dengan retorik yang dibawa didalam perjuangan bekas parti Hasan Ali itu ianya memberi satu sinar baru untuk BN.


Pelajar pondok dan sebahagian besar ustaz-ustaz di Kelantan difahamkan akan berkerjasama dengan PASni UMNO dalam merungkai sesuatu hukum yang ditimbulkan supaya ianya tidak berlanjutan dan menjadi satu guide lines kepada Pemimpin Umno jika diberi peluang dalam menerajui kepimpinan negeri Kelantan pada PRU 13 nanti.

Syabas PASni UMNO dengan kerjasama yang menempatkan orang agama ditempat yang sepatutnya, Syukur Alhamdulillah perjuangan retorik Pas membuatkan lebih ramai ahli ulamak sedar yang selama ini mereka dipergunakan dalam usaha memporak-perandakan umat Islam hanya kerana ingin berkuasa.

Harapan semua pihak agar lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan oleh PASni UMNO lebih-lebih lagi ianya berbentuk forum ilmiah, ini supaya semua rakyat Kelantan dapat bertukar pandangan diatas apa-apa pilihan mereka, dan tidak terikat dengan janji-janji kosong bersifat retorik semata-mata.

Ayuh! letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Anda mampu mengubahnya.

4 comments:

  1. Hebat gk hebat pasni umno teruskan usaha ambil semula kelate kito tu..

    ReplyDelete
  2. liputan kemas,padat dan tepat GK di program PASni UMNO,semoga liputan sebegini diteruskan supaya ore kelate celik mato dgn perkembangan umno yg disertai oleh ore lebai pakai semutar jugok...UMNO tetap maju dihadapan dulu,kini dan sokmo2.

    ReplyDelete
  3. yo lo ko,keh upoh suruh pakai semutar.hahahahaha

    ReplyDelete
  4. PASni UMNO memang hebat...Pas kelantan akan hancus

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...