PANAS!!! PENGAWAL PERIBADI ANWAR DIRACUN LAGI!

BUKIT MERTAJAM 8 Jan. - Pemeriksaan perubatan terhadap pengawal peribadi kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendapati tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu diracun atau disuntik dengan racun seperti dilaporkan blog-blog.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, berdasarkan pemeriksaan terdapat kesan calar kecil pada tapak tangan kiri Fayyadh Afiq Al-Bakry Jaafar Siddiq, 26, sepanjang kira-kira 0.4 sentimeter.
Petikan diatas dari Utusan Malaysia.
Rakyat Malaysia terutamanya dikampung-kampung mesti didedahkan taktik kotor Anwar yang boleh menggangu gugat kestabilan negara, laporan terakhir yang GK dapat mengenai pengawal peribadi Anwar adalah seperti diatas.
Sebelum ini kita digemparkan oleh pelakon no 1 negara PM 16 September adalah mengenai racun arsenik yang dikatakan telah disuntik di badan pengawal peribadi beliau.

Akhirnya pihak Polis dan Hospital mengesahkan ianya tidak berlaku, sekiranya pengawal peribadi beliau mati pada hari perbicaraan beliau 09/01/2012 dan Anwar juga didapati bersalah diatas tuduhan liwat, apa akan jadi pada negara ? adakah penyokong Anwar akan percayakan pihak polis dan hospital ? keputusan liwat tersebut ada hikmah di sebaliknya.

Cara Anwar sukar untuk ditangkap oleh pemikiran yang mengangap beliau seorang yang baik dan warak, tapi untuk menyelamatkan beliau dan merealitikan cita-cita beliau, maka dia sanggup untuk lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menjual negara.

Tak dapat nak dibayangkan sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dan pengawal peribadi beliau pula mati pada hari tersebut, keputusan + Kematian diracun sudah pasti akan menghuru-harakan negara hanya angkara khabar angin yang sengaja direka-reka. Samada mati atau dimatikan itu bab 2, yang pasti ianya satu strategi yang sudah dirancang.

Persoalannya dimanakah pengawal peribadi beliau sekarang ini? Anwar bebas terus je sepi berita mengenainya dan keracunannya, apakah ianya satu alat yang digunakan semasa Anwar memerlukan dan disimpan elok untuk digunakan pada perancangan yang seterusnya? Anwar mesti ingat, sekiranya beliau merasakan bijak, pasti ada yang lebih bijak dari beliau. Tun M telah buktikannya.

Diatas kesibukkan mungkin ianya dapat dijelaskan pada masa yang akan datang, apapun kata kunci sudah ada, Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Adam Adli hanya membodohkan diri sendiri..kuda liwatan Nuar untuk divert isu liwat..bila tak salah..

    Nuar kata lu pi mampos Adam Adli..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...