@NajibRazak Bukan Lawan Tun Mahathir

Serangan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berterusan sehinggalah apa yang dimatlamatkan beliau tercapai.

Setiap apa yang dikritik oleh Tun M mendapat penerimaan berbeza dikalangan rakyat, ada yang mengatakan Tun M gila kuasa, semua orang nak dikritiknya, semua orang tak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat, sekalipun begitu sikap Tun M, kalau orang yang dikritiknya tidak buat salah, macammana Tun M nak kritik?, misalnya Tun M nak kritik DS Najib ni kaki mabuk minum arak, sudah tentu tidak boleh sebab DS Najib tidak minum arak.

Maknanya kena lihat apa yang dikritik itu berasas atau tidak bukan melihat beliau sebagai sering mengkritik, contohnya isu 1MDB, berasas ataupun tidak kritikkan Tun M itu hanya boleh dibuktikan oleh DS Najib.

Sebagaimana yang disarankan dikalangan profesional, pembangkang yang turut dipersetujui oleh Tun M, yaitu membuat audit forensik atau menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat perkara itu (1MDB).

Bila itu dibuat barulah dapat diketahui kritikkan Tun M itu kritikkan dari seorang yang gila kuasa atau kritikkan dari seorang tokoh yang berjasa.

Sejenak cuba bayangkan kalau kita jadi PM, Tun M kritik hal itu, sedangkan ia tidak berasas, kita PM yang baik, kita tidak salah, so apa yang akan kita buat untuk bersihkan nama serta maruah dan kepimpinan kita ?.

Adakah kita memilih untuk diwawancara di TV3?  atau serta merta memberi arahan supaya disegerakan apa yang dituntut oleh pengkritik yaitu membuat audit forensik atau menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dengan berkata;

"Saya mahu audit forensik dilakukan keatas 1MDB, saya bagi masa 14 hari dari sekarang laporan penuh mesti berada dimeja saya tepat jam 10 pagi, saya tak mahu dengar sebarang masalah, tak cukup tenaga kerja dalam negara, boleh import dari konsultan British atau mana-mana, tak cukup masa 14 hari, boleh buat shif 24 jam, faham semua sekali!!!".

Mudah bukan? Atau bercakap memang mudah?, mudah tak mudah pun sebab Tun M yang pernah jadi PM ni kata, jadi PM bukan payah pun, nak buat apa?  beri arahan je, (kun fayakun) semua pegawai yang akan buat.

Isu 1MDB perlu penjelasan konkrit yang berwibawa, bukan sekadar jawapan bertulis tanpa sebarang sokongan dokumen atau fakta dari badan yang punyai kredibilti.

Tidak ada pilihan lain untuk melenyapkan persepsi masyarakat dan menghentikan kritikkan Tun M, namun jika DS Najib memilih pilihan bersifat menyerang balas, apa yang boleh dikatakan ialah DS Najib bukanlah lawan Tun Mahathir.... - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

5 comments:

  1. Bosan.. tak habis2 buat perpecahan sesama Melayu..
    Tuhan takkan berkati cara mcm ni
    Masing2 PM masing cara lah
    Kalau Tun jenis keras takkan nk semua PM selepanya jenis keras?
    Ikut keadaan lah

    Bosan dgn cara Tun. tak puas hati ikut saluran parti. Bukan melalak di jendela kasi org lalu lalang musuh2 join sekali

    Skrg pembangkang yg nak jatuhkan Najib tak tera mana.,., tp Tun yg ambil alih kerja pembangkang dgn reka fitnah

    Lepas tu bg conclusion Najib mesti undur.. itu ikhlas ke?

    Bosan2

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Mohon jasa tuan link kan blog :

    http://suaramelayubaru.blogspot.com/

    dalam bloglist tuan sebagai tanda sokongan kepada matlamat yang satu, memenangkan calon UMNO BN di Permatang Pauh dan Rompin.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Siapa2 sebenarnya boleh bersuara... termasuklah tun M sebagai seorang rakyat malaysia... tapi setelah pelbagai jawapan yg diberikan oleh najib dan pegawai2nya... knp tun M xnak terima... kalau masih sukar utk terima jawapan itu dan menganggap jawapan pegawai2 najib dusta belaka... kenapa ketika lawatan raja salman... tun M tidak tanya dkt raja salman kerana derma itu berasal dr raja salman... tq...

    #anakmudacelikpolitik

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...